Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Syahril A. Kadir

”Kalau Terbongkar, Akan Diseksa Dan Dibunuh”, Kisah Hebat Polis ”Undercover” 6 Tahun Dampingi Musuh

Amira

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Siapa sangka, seorang yang disangkakan komunis rupa-rupanya berkhidmat sebagai penentang komunis. Inilah kisah Paul Kiong, seorang anggota polis cawangan khas (SB) yang merisikokan nyawanya dengan menyamar menjadi sebahagian daripada kumpulan pengganas tersebut.

Sekiranya tersilap langkah, Paul mungkin dibunuh dengan kejam seperti ahli kumpulan terbabit yang dituduh pembelot dan berpaling tadah. Walaupun terdedah kepada risiko tersebut, beliau tetap menjalankan amanah yang diberi sehingga berjaya menangkap 43 orang komunis termasuk ketua mereka yang dikehendaki.

Mahu tahu lebih lanjut kisah wira ini? Jom kita baca perkongsian Bekas Ketua Meja Jenayah Sinar Harian, Syahril A. Kadir di laman Facebooknya baru-baru ini.

ENAM TAHUN KELUAR MASUK HUTAN JADI ANGGOTA KOMUNIS… SEBENARNYA PAUL KIONG INSPEKTOR POLIS!

Baik, jika beberapa hari lepas saya menulis wira PDRM dari kalangan orang India dan Melayu, hari ini saya nak menulis mengenai seorang lelaki Cina bernama Paul Kiong. Kini usianya dalam 73 tahun rasanya.

Beliau menyertai PDRM pada tahun 1967 sebagai Konstabel dalam SB (Cawangan Khas). Atas kecemerlangannya, Paul dinaikan pangkat satu demi satu hinggalah diiktiraf sebagai pegawai.

Adalah menjadi resam komunis, sesiapa yang tertangkap menjadi tali barut atau menyamar, orang itu akan diseksa dan dibunuh dengan kejam. Dalam hal ini, Paul mengambil risiko besar dengan menerima tanggungjawab berkenaan.

Untuk itu, selama hampir enam tahun, Paul keluar masuk ke dalam hutan Perak, bergaul, berusaha menggunakan segala teknik penyamaran dan risikan sehingga mendapat kepercayaan pengganas komunis dan diterima menjadi anggota mereka!

Kredit: Syahril Ak. Kadir

Tak pernah kantoi

Dalam tempoh enam tahun tersebut, rumah pertamanya adalah hutan belantara. Paling menarik, walaupun komunis cukup cekap dalam menghidu taktik pihak berkuasa, namun Paul langsung tidak pernah ‘kantoi’ dalam menjalankan penyamarannya.

Malah beliau sempat menangkap 43 orang pengganas komunis hidup-hidup termasuk ketua mereka yang sangat dikehendaki ketika itu, Cheong Kuen daripada 9th Armed Work Force (AWF)!

Dalam satu temubual, Paul berkata, pernah satu ketika anaknya sendiri tidak mengenalinya kerana bapa mereka terlalu lama ‘menghilangkan diri’ dan hanya pulang sekali sekala ke rumah.

Apatah lagi bila dia pulang dalam keadaan tidak terurus, compang camping, berjanggut, berbau busuk dan sebagainya kerana terlalu lama di hutan bercampur dengan komunis.

Kisah Paul ni kalau di Hollywood pasti akan jadi blockbuster movie.

Paul ketika sedang menjalankan operasi. (Kredit: Syahril A. Kadir)

Disebabkan keberaniannya yang luar biasa sanggup menyusup masuk ke hutan dan menyamar sebagai komunis bertahun-tahun lamanya, menangkap puluhan anggota pengganas hidup-hidup tanpa melibatkan pertumpahan darah dan sebagainya, Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan menganugerahkan pingat tertinggi keberanian negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) kepada Paul.

Pada tahun 1990 beliau ditukarkan ke Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan pangkat Deputi Supritendan dan bersara pada 1 Februari 1998 dengan pangkat terakhir Supritendan.

Kesanggupan Paul menyertai komunis adalah untuk mengetahui taktik dan pergerakan mereka, sebab itu beliau tidak pernah takut walau berhadapan dengan segala pahit getir pertempuran!

Betullah kata Sun Tzu: “If you know the enemy and know yourself, you need not fear the results of a hundred battles.”

SALUTE DATUK PAUL KIONG!

SYAHRIL A. KADIR Petaling Jaya, Selangor.

Kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan zaman dahulu seperti Paul Kiong, Sarjan Sabu dan S. Kulaisingam yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri untuk keselamatan orang awam. Inilah erti kemerdekaan dan pengorbanan untuk rakyat yang sebenar.

Sumber: Syahril A. Kadir