Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kamera Badan: Perkasa Integriti, Ketelusan Anggota Ketika Berurusan – Acryl Sani

kamera badan perkasa integriti
Kredit BERNAMA

Kamera Badan: Perkasa integriti, ketelusan anggota ketika berurusan – Acryl Sani

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin penggunaan kamera badan akan memperkasakan tahap integriti, profesionalisme dan ketelusan anggota ketika berurusan, selain melindungi kepentingan semua pihak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM akan memanfaatkan sebaik mungkin penggunaan kamera badan itu dalam usaha memastikan kualiti perkhidmatan PDRM yang terbaik kepada masyarakat.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“PDRM menyambut baik langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota PDRM ketika menjalankan tugas.

Sumber: BERNAMA