Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kami Ikhlas Demi Tanah Air…”, Rela Berkorban, Rata-rata Penjawat Awam Setuju Elaun Dipotong Untuk Bantu Negara Lawan COVID-19

Gambar via Bernama

Selain gaji menteri dan timbalan menteri yang akan dipotong selama tiga bulan, langkah yang hampir sama juga turut dilakukan oleh para penjawat awam apabila sebahagian elaun mereka akan dipotong dan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai manifestasi solidariti menghadapi COVID-19.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media pada hari ini. Menurutnya, sumbangan tersebut adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan untuk memerangi pandemik COVID-19.

Lebih 800,000 penjawat awam akan terlibat dengan anggaran jumlah sumbangan yang melebihi RM30 juta melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41.

Pun begitu, bagaimana pula penerimaan penjawat awam mengenai pemotongan elaun ini? Menjengah ke ruangan komen di Facebook rasmi KSN, rata-rata dari penjawat awam sememangnya menyambut baik usaha ini dan meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu negara serta rakyat yang lain.

Ada juga di antara mereka yang menganggap ini sebagai peluang untuk menginfak sebahagian rezeki kepada negara dan orang-orang yang memerlukan.

Kita menyokong sepenuhnya

Menerusi komen para guru di group Facebook Kami Guru Malaysia pula, mereka juga turut bersetuju dan menghalalkan setiap sumbangan yang diberikan. Ia juga peluang yang telah ditunggu-tunggu selama ini.

Semoga dengan usaha ini, negara mampu menghadapi pandemik COVID-19 dengan baik dan berjaya melandaikan keluk jangkitan virus tersebut.

Sumber: Tan Sri Mohd Zuki Ali