Kerajaan perlu menaikkan kadar elaun penjawat awam, khususnya Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), selari dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan perlu naikkan kadar elaun penjawat awam
Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata perkara berkenaan telah beberapa kali dibangkitkannya di Parlimen bagi mendapatkan semakan terhadap kadar elaun yang diterima penjawat awam.
Menurut beliau, antara perkara yang pernah dibangkitkan ialah kadar ITP sebanyak RM300, sedangkan kos sewa bilik di Putrajaya boleh mencecah RM600.
“Januari lalu, saya bangkitkan ITP RM300 sedangkan sewa bilik di Putrajaya boleh mencecah RM600,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Malah, pada sesi Dewan Rakyat kali ini, beliau sekali lagi meminta kerajaan supaya menyemak kadar BISH, ITP dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), selain memastikan penyelarasan kadar berkenaan dilaksanakan secara berkala.
“Saya amat berharap kadar baharu diumumkan dalam Belanjawan 2027 Jumaat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyuarakan harapan agar semakan terhadap kadar elaun penjawat awam itu dapat diberikan perhatian dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

