Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanada Kenakan Tarif 25 Peratus Import Ke Atas AS Sebagai Tindak Balas

Iqbal Yasir
Kanada tarif as
Gambar: AFP

Kanada Kenakan Tarif 25 Peratus Import Ke Atas AS Sebagai Tindak Balas

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan terpilih dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tindakan perdagangan Washington, lapor AFP.

“Kanada akan bertindak balas terhadap tindakan perdagangan AS dengan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan Amerika bernilai 155 bilion dolar Kanada (106 bilion dolar AS),” katanya.

Tegas Trudeau, tindakan Trump sebelum ini boleh menjejaskan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Kanada dan Amerika Syarikat.

Difahamkan, Kanada akan mengenakan fasa pertama tarif tersebut bernilai 30 bilion dolar Kanada terhadap barangan dari AS bermula Selasa ini. Diikuti dengan tarif tambahan terhadap barangan bernilai 125 bilion dolar Kanada dalam tempoh tiga minggu akan datang.

“Kami tidak mencari pergaduhan, tetapi kami akan mempertahankan Kanada, rakyat Kanada, dan pekerjaan rakyat Kanada,” kata Trudeau.

Beliau menjelaskan bahawa tarif ini akan dikenakan ke atas “barangan harian” seperti bir Amerika, wain, bourbon, buah-buahan, sayur-sayuran, peralatan rumah, kayu, plastik serta barangan lain lagi.

Trudeau berkata konflik perdagangan ini akan memberi “kesan nyata” bukan sahaja kepada rakyat Kanada tetapi juga kepada rakyat Amerika, termasuk kehilangan pekerjaan, kenaikan kos makanan dan petrol, kemungkinan penutupan kilang pemasangan kereta, serta sekatan terhadap akses AS kepada sumber Kanada seperti nikel, potash, uranium, keluli dan aluminium.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump, telah mengumumkan tarif besar-besaran terhadap Kanada, Mexico dan China, dengan alasan ancaman daripada imigrasi haram dan penyeludupan dadah.

Tambah Trump, eksport Kanada ke Amerika Syarikat akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus bermula Selasa, walaupun sumber tenaga dari Kanada akan dikenakan levi yang lebih rendah iaitu 10 peratus.

Sumber: AFP

BACA: Buaya Di Pantai Cermin, Perhilitan Nasihat Pengunjung Berhati-Hati

BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Skrin Telefon Direka Dalam Bentuk Segi Empat