Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak 10 Tahun Jatuh Sungai Ketika Bermain Dikhuatiri Lemas

Gambar sekadar hiasan

IPOH, 24 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan air selepas terjatuh ke dalam Sungai Chepor Dalam, Meru di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 10.47 pagi sebelum 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru dikerahkan ke lokasi.

Katanya kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang bermain bersama beberapa rakan sebelum dihanyutkan arus.

“Operasi mencari sedang dijalankan secara ‘surface searching’ dengan menggunakan sebuah bot,” katanya ketika dihubungi di sini.

— BERNAMA