Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-Kanak Hilang Ditemui Maut, Dibungkus Dalam Guni
BEKASI — Seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan maut di dalam lubang air pam jet di rumah penduduk di kawasan Bantar Gebang, Kota Bekasi semalam, lapor Detik.com.
Ketua Polis Bantar Gebang AKP Ririn S Damayanti berkata mangsa ditemukan dalam keadaan dibungkus dalam guni, di lokasi kejadian yang berkedalaman 2.5 meter sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.
Jelasnya, kes tersebut disyaki bermotifkan pembunuhan berdasarkan dengan keadaan mangsa yang ditemukan dalam karung.
“Mangsa telah meninggal dunia, dibungkus dalam guni.
“Disyaki (kes) pembunuhan. Selepas dimasukkan ke dalam guni, ia dimasukkan ke dalam lubang di belakang rumahnya,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Ririn berkata sebelum ini ibu bapa mangsa telah membuat aduan berhubung kehilangan mangsa sebelum ditemukan maut.
“Mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak dilaporkan hilang oleh kedua-dua ibu bapanya.
“Selepas menerima aduan tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan sebelum menemukan mangsa,” ujarnya lagi.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Polis Negara untuk siasatan selanjutnya.
Kronologi kejadian
Menurut Tribunnews, mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai bermain dengan rakan sebayanya pada Jumaat, 31 Mei lalu.
Difahamkan, penduduk tempatan mengesyaki salah seorang penduduk sebagai suspek berdasarkan interaksi dengan mangsa.
Susulan itu, mereka termasuk ahli keluarga pergi ke rumah suspek pada keesokan hari (Sabtu).
Bagaimanapun, campur tangan pihak polis berjaya menemukan mangsa di rumah tersebut selepas pemeriksaan dilakukan di sekeliling kawasan termasuk di belakang rumah (lokasi penemuan mangsa).
Sumber: Detik.com, Tribunnews