KKM Siasat Peniaga Guna Tong Sampah Rendam Sotong
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan berhubung isu seorang peniaga dipercayai menggunakan tong sampah untuk merendam sotong yang dijualnya.
Menurut KKM, pihaknya mengambil maklum terhadap isu tersebut dan akan mula bertindak selepas ia tersebut mendapat perhatian orang ramai di media sosial.
“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” katanya dalam satu hantaran pada Sabtu.
BACA: Kejadian Berbalas Tembak R&R Tanjung Malim: Dua Lelaki Ditembak Mati Polis
Sebelum ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki menggunakan tong sampah merendam makanan yang dijual.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai di mana rata-ratanya menyuarakan kebimbangan tentang kebersihan dalam penjagaan makanan.
Perkara itu kemudiannya tular secara meluas hingga ia mendapat perhatian KKM.
Sumber: KKM Putrajaya/X