Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Bom Mortar Ditemukan Dalam Tong RORO Di Dengkil

Tiga Bom Mortar
Kredit: Bernama

SEPANG, 3 Okt (Bernama) -- Polis mengesahkan penemuan tiga bom mortar di Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata kesemua bom itu ditemukan seorang lelaki ketika mengasingkan barangan besi buruk daripada sebuah tong Roll-On Roll-Off (RORO) di kawasan luar sebuah rumah.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bom itu kira-kira 3 petang sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi untuk menjalankan kawalan keselamatan.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia yang menjalankan pemeriksaan mendapati objek berkenaan terdiri daripada tiga bom mortar iaitu satu butir berukuran 81 milimeter (mm) dan dua butir berukuran 60mm,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizam berkata kesemua objek berkenaan kemudian dialihkan oleh UPB ke lokasi selamat untuk tindakan pemusnahan.

“UPB menjalankan kerja-kerja pemusnahan kira-kira 9.20 pagi ini di sebuah tapak lapang pembinaan di Dengkil dan selesai pada 9.25 pagi dalam keadaan selamat serta terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan,” katanya.

Norhizam turut menasihati orang ramai supaya tidak menyentuh, mengalih atau menghampiri sebarang objek yang disyaki bahan letupan dan segera menghubungi polis sekiranya menjumpai objek sedemikian.

Intipati
  • Polis mengesahkan tiga bom mortar ditemukan dalam tong RORO di Dengkil semalam.
  • Bom itu ditemukan seorang lelaki ketika mengasingkan besi buruk di luar sebuah rumah.
  • Unit Pemusnah Bom mengalihkan dan memusnahkan objek berkenaan secara selamat pagi ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan