Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-Kanak Nyaris Lemas Di Kolam Renang Belum Sedarkan Diri – Polis
MELAKA, 21 Julai (Bernama) — Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dirawat di Hospital Melaka selepas hampir lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana, semalam, kini berada dalam keadaan tidak stabil.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa yang berasal dari Masai, Johor masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) hospital terbabit.
“Kira-kira 11.20 pagi semalam, polis menerima panggilan memaklumkan seorang kanak-kanak nyaris lemas di kolam renang di pangsapuri itu.
“Apabila tiba di tempat kejadian, pengawal keselamatan memaklumkan mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Waris mangsa kemudian mencarinya di sekitar kolam renang terbabit dan mendapati beberapa orang awam telah mengeluarkan mangsa dari kolam itu, seterusnya dibawa ke Hospital Melaka,” katanya.
Sumber: BERNAMA