Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Maut Dipercayai Didera

Azizah Najib
kanak-kanak maut
Kredit: Bernama

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Maut Dipercayai Didera

MELAKA, 23 Jun (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini dipercayai akibat didera.

Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu kira-kira 10.15 pagi tadi, selepas doktor yang merawat kanak-kanak tersebut memaklumkan mangsa meninggal dunia pada 9.45 pagi.

“Doktor berkenaan sebelum itu menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar oleh bapa tiri mangsa ke hospital berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit patah kaki dan terdapat kesan lebam di bahagian kepala serta badan disyaki akibat didera,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: Bernama

BACA JUGA: Benarkan Penumpang Kemudi Bot, Pengusaha Bot Akan Dikenakan Tindakan – Maritim Malaysia