Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati

Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Diculik Ketika Pulang Mengaji

Faiz Mustafa

MELAKA, 17 Jun (Bernama) — Polis sedang menyiasat lanjut berhubung laporan seorang bapa yang mendakwa anak perempuannya nyaris diculik ketika pulang belajar mengaji di Kampung Krubong petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa berusia enam tahun bersama kakak dan sepupunya mendakwa didatangi seorang lelaki berjubah dan berkopiah putih yang menaiki kereta jenis Proton Persona berwarna perak.

“Menurut bapa mangsa yang berusia 45 tahun, anaknya mendakwa telah ditegur dan dipelawa oleh suspek untuk naik kereta lelaki itu sebelum merentap tangannya untuk masuk ke dalam kereta. Namun kakak mangsa dan sepupunya berjaya menghalang dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Suspek lelaki itu terus melarikan diri manakala ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan kemudiannya berlari ke rumah ibu saudara mereka yang tidak jauh dari tempat kejadian untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Christopher berkata bapa mangsa juga memaklumkan terdapat orang awam yang melihat kenderaan dan nombor pendaftaran kereta suspek namun hasil semakan dua jenis nombor yang kemungkinan dicam saksi itu adalah palsu dan tidak sama dengan jenis kenderaan digunakan suspek.

“Hasil semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui sistem juga mendapati dua jenis nombor pendaftaran kenderaan itu berdaftar atas kenderaan jenis Nissan Cefiro berwarna biru dan motosikal jenis Honda.

“Namun saksi yang berselisih dengan kereta suspek itu juga mengesahkan ia adalah Proton Persona berwarna perak dan bercat hitam di bahagian pintu pemandu,” katanya.

Christopher berkata orang ramai yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

— BERNAMA