Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika sedang mandi di rumahnya di Taman Bukit Segar di Cheras, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu pada 9.01 malam daripada Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), manakala siasatan awal mendapati mangsa dipercayai jatuh di dalam bilik air pada 5 petang dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan.
"Mangsa telah dimasukkan ke zon merah dan disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa kini ditempatkan di Unit Forensik HCTM untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan ketika ini, kes masih lagi dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sehubungan dengan itu, beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Abd Wahab menerusi talian 013-5495236.
Naazron turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menitikberatkan aspek keselamatan anak-anak bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.