Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kantoi Guna Perisian Terlarang, Pemain E-Sukan Wanita Thailand Disingkirkan
Seorang pemain pasukan Thailand telah disingkirkan dari Sukan SEA selepas didapati menggunakan perisian pihak ketiga yang tidak dibenarkan semasa acara e-sukan AoV (Arena of Valor).
Memetik laporan Bangkok Post, Persekutuan E-sukan Thailand (TESF) mengumumkan mengenai penyingkiran pemain wanita berusia 24 tahun itu pada Selasa. Pemain itu didapati telah melanggar kesalahan yang ditetapkan dalam Buku Panduan Teknikal E-sukan ketika perlawanan pada Isnin.
Ahli pasukan wanita AOV Thai itu juga didapati telah melanggar peraturan 9.4.3 mengenai perisian tanpa kebenaran.
Dia juga dipercayai menunjukkan sikap tidak hormat semasa strim langsung dengan memberi isyarat menggunakan jari tengahnya ke arah kamera.
Berikutan kesalahan tersebut, ejennya, TALON TH telah memutuskan hubungan dengannya serta-merta.
Penganjur acara, Garena RoV menyokong keputusan terbabit dan akan mengharamkan wanita itu daripada semua pertandingan yang akan dianjurkannya pada masa hadapan.
Sementara itu, presiden TESF dan Persekutuan E-sukan Asia, Santi Lohthong mengumumkan bahawa seluruh pasukan AOV wanita Thailand akan menarik diri daripada Sukan SEA sebagai tanda akauntabiliti.
Beliau turut menyatakan permohonan maaf bagi pihak pasukan, menekankan keperluan untuk menegakkan integriti e-sukan.
Persatuan itu menekankan kepentingan permainan adil dan akan menyiasat insiden itu bagi meningkatkan piawaian teknikal dan etika, sekali gus mencegah kejadian sama pada masa hadapan.
AOV ialah permainan arena pertempuran dalam talian berbilang pemain (Moba) yang sangat popular di Thailand di mana ia biasanya dirujuk sebagai ROV (Realm of Valor).
Permainan ini menampilkan pertempuran pasukan yang terdiri daripada lima pemain. Para pemain akan memilih wira sendiri untuk terlibat dalam permainan strategik pada pelbagai peta.
Sumber: Bangkok Post