Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

GOMBAK, SELANGOR – Karnival Kerjaya MADANI “Perkasa Wanita & Keluarga” khusus untuk masyarakat orang asli adalah antara manifestasi kesungguhan Kerajaan di dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara melalui penyediaan peluang pekerjaan sekaligus menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara.
Program anjuran Kementerian Sumber Manusia melalui agensi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama HAWA Malaysia, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ini telah menawarkan lebih 5 ribu peluang pekerjaan melalui 10 majikan yang mengambil bahagian.
Karnival yang berlangsung ini, turut melibatkan program utama iaitu Karnival Kerjaya MYFutureJobs di mana kerajaan turut menawarkan peluang kerja kepada belia Orang Asli yang berpeluang memilih untuk menghadiri temu duga dengan mana-mana majikan daripada pelbagai industri dan sektor.

Dari tahun 2022 sehingga Julai 2023, PERKESO merekodkan seramai 352 Orang Asli yang berjaya ditempatkan pekerjaan melalui penganjuran program temu duga khas di seluruh negara.
Majlis Pelancaran Karnival ini telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Timbalan Perdana Menteri, usaha penganjuran program sebegini diyakini mampu mengurangkan kadar pengangguran dan mengukuhkan pasaran buruh negara.
“Program karnival kali ini adalah antara usaha libat urus Kerajaan untuk memperluaskan platform kepada masyarakat Orang Asli mendapatkan perkhidmatan kebolehpasaran, profiling, peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan sekali gus mengatasi kadar pengangguran.

Karnival ini juga mengetengahkan kerjasama strategik antara PERKESO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta industri seperti SME Malaysia, Microsoft dan Biji-biji untuk menyediakan peluang pekerjaan bersesuaian dalam kalangan Orang Asli.
Sehingga 21 Julai 2023, portal MYFutureJobs telah berjaya membantu seramai 884,688 pencari kerja untuk ditempatkan di pelbagai sektor dan 213,077 daripadanya adalah dari Negeri Selangor. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO akan terus konsisten memainkan peranan aktif dalam penempatan pekerjaan, seterusnya memenuhi keperluan bakat yang berkualiti oleh syarikat dan organisasi di Negeri Selangor.
Sementara itu, kerjasama antara PERKESO dan HAWA Malaysia akan dipertingkatkan untuk memperluaskan liputan perlindungan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Sehingga 31 Julai 2023, seramai 182 ribu 425 suri rumah mencarum dengan skim ini, termasuk 166 ribu 666 suri rumah keluarga B40 yang bayaran caruman mereka dibiayai Kerajaan.
