Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sofyank mural sekolah
Kredit: Facebook

Karya Jadi Inspirasi, Sofyank Terharu Mural Wajahnya Hiasi Dinding Sekolah

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Karya Jadi Inspirasi, Sofyank Terharu Mural Wajahnya Hiasi Dinding Sekolah

Sebuah sekolah telah meletakkan potret pencipta kandungan terkemuka Malaysia, Sofyank sebaris bersama pakar-pakar teknologi di dunia dalam satu lukisan mural.

Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Puan Marziah berkata, mural tersebut merupakan hasil titik peluh beberapa guru praktikal dari UPSI dan kakitangan sekolah yang lain.

Dalam hantarannya di Facebook, Marziah menyifatkan hasil kerja guru-guru praktikal tersebut dalam menyiapkan lakaran awal mural sangat terperinci.

Difahamkan, mereka telah menyiapkan lakaran mural pada dinding makmal komputer tersebut pada waktu malam.

“Tanpa bantuan mereka tak mampu nak buat mural ini,” katanya.

Puan Marziah turut berterima kasih kepada beberapa guru subjek ICT dan murid-murid yang membantu mereka sepanjang proses penghasilan mural tersebut.

Menurutnya lagi, banyak kesukaran dan penat lelah dihadapi ketika menghasilkan mural tersebut.

Selain itu, Puan Marziah turut menceritakan kisah di sebalik penghasilan mural tersebut. Pada awalnya, banyak idea yang dikeluarkan oleh guru-guru praktikal.

Atas sebab tertentu, semua idea yang diusulkan terpaksa ditolak Puan Marziah dan ini menyebabkan mereka mati akal.

Ketika berada dalam keadaan tersebut, kebetulan mereka ternampak salah satu video yang dihasilkan oleh Sofyank, Menerusi video anak muda itulah, mereka mendapat idea untuk menggarap hasil karya mereka di dinding makmal komputer itu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa potret Sofyank diletakkan sebaris bersama pakar-pakar teknologi terkemuka di dunia.

Bagi Puan Marziah, pencipta kandungan asal Kelantan itu merupakan anak muda yang boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada anak-anak murid pada zaman sekarang.

“Murid yang lalu lalang di hadapan mural tersebut ramai juga yang mengenali Sofyank.” jelas Marziah menerusi kenyataan di hantaran Facebooknya.

Lukisan mural ini telah menyentuh perasaan Sofyank

Melihat potretnya diabadikan pada mural tersebut, Sofyank atau nama sebenarnya, Muhammad Sofian Abdullah (27) tersentuh apabila dirinya diangkat sebagai inspirasi kepada anak muda.

“Allahuakbar, cantiknya mural art ni, tak pernah terlintas dalam diri ni untuk jadi satu karakter yang dilukis di dinding mural.

‘Terima kasih banyak-banyak cikgu dan semua yang terlibat sekali kerana sudi menjadikan karya saya sebagai sumber inspirasi kepada murid-murid yang lain walaupun apa yang saya buat sekadar content hiburan di media sosial sahaja,” katanya.

Pada akhir kenyataannya, beliau berharap agar kandungan yang dihasilkannya dapat memberikan inspirasi kepada ramai pihak.

“Kalau content saya memberi manfaat kepada semua, alhamdulillah saya akan terus hasilkan lebih banyak content untuk semua.

“Tapi sekiranya content yang saya hasilkan memberi pengaruh yang buruk, mohon tegurlah saya dan insyaAllah saya akan perbaiki content ke arah yang lebih baik.”

BACA: Cemas, Viral Penumpang ‘Buka’ Pintu Kecemasan Pesawat Ketika Dalam Penerbangan

Sumber: Ridhwan Marziah & Sofyank96 via Facebook