Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Kategori Penerima & Jumlah Bayaran STR 2026
Rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 bermula Selasa ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa sebanyak RM1.1 bilion telah diperuntukkan. Bantuan tersebut akan memanfaatkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas yang tiada pasangan.
Untuk pengetahuan, kerajaan juga telah menyusun semula pemberian STR bagi tahun 2026.
STR diberikan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan dan ia disasarkan kepada isi rumah dan warga emas yang tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan. Ia termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih.
Pasti masih ramai yang tertanya-tanya mengenai kategori dan kadar bayaran yang akan diperolehi oleh penerima STR. Ikuti perkongsian di bawah ini.
Kategori penerima ini dibahagikan kepada dua pendapatan bulanan iaitu RM2,500 dan ke bawah (2.7 juta penerima) dan RM2,501 hingga RM5,000 (1 juta penerima).
Jumlah bantuan STR bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah mengikut bilangan anak:
1. Tiada anak – RM700
2. 1 hingga 2 anak – RM1,200
3. 3 hingga 4 anak – RM1,700
4. 5 anak ke atas – RM2,200
Jumlah bantuan STR bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 mengikut bilangan anak:
1. Tiada anak – RM200
2. 1 hingga 2 anak – RM450
3. 3 hingga 4 anak – RM700
4. 5 anak ke atas (RM950)
Kategori ini melibatkan penerima yang berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah. Seramai 1.3 juta penerima dijangka akan menerima manfaat ini.
Jumlah bantuan bagi kategori ini adalah sebanyak RM600.

Bagi golongan bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah, anda akan mendapat sebanyak RM50 sebulan
Selain itu bagi golongan bujang tersenarai dalam sistem eKasih, sebanyak RM100 akan disalurkan secara bulanan.
Sumber: Ministry of Finance