Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kays + Kins, jenama gaya hidup yang mengutamakan keselesaan dan seni reka bentuk untuk keluarga moden, telah mengumumkan pembukaan rasmi kedai fizikal perdana sulungnya di Malaysia. Butik baharu ini, yang terletak di Pavilion Bukit Jalil, menandakan satu mercu jaya penting bagi jenama tempatan tersebut yang sebelum ini menawarkan produknya hanya dalam talian, dan menyediakan ruang yang bersifat peribadi dan mesra untuk pelanggan melihat sendiri barangan keperluan bayi yang direka secara teliti.

Terkenal kerana menawarkan pakaian dan barang keperluan berkualiti yang dicipta untuk kegunaan praktikal bayi, Kays + Kins membina komuniti pengikut setia menerusi pendekatan tersendirinya yang mengutamakan keselesaan, kualiti dan reka bentuk yang tidak ditelan zaman. Menyedari iklim panas dan lembap di Asia Tenggara, koleksi jenama ini mengetengahkan busana bayi yang santai dan tidak melekat pada badan, menggunakan fabrik berudara yang memudahkan pergerakan dan keselesaan sepanjang hari untuk si manja kecil.

Pembukaan kedai fizikal pertama ini membawa pengalaman Kays + Kins di luar dunia digital, memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri kelembutan fabrik, mengamati kehalusan seni corak lukis tangan, dan membeli-belah dalam suasana yang mencerminkan estetika dan ketenangan yang memang dikaitkan dengan jenama.
“Sambil mengembangkan jenama kami di Malaysia, komuniti kami telah meminta menyediakan ruang di mana mereka boleh merasai sendiri fabrik kami dan melihat butiran halus yang menjadikan setiap pakaian sungguh istimewa, seperti kelembutan kain muslin buluh kami dan perincian hasil lukisan tangan pada fabrik,” kata Karine Low, Pengasas Kays + Kins.

“Dengan pembukaan kedai fizikal ini, kami berhasrat untuk menyediakan sesuatu yang lebih menarik daripada ruang runcit semata-mata dan mencetus pengalaman jenama yang lebih bersifat peribadi. Kami ingin menyediakan ruang yang membolehkan para ibu bapa dan mereka yang mencari hadiah istimewa meluangkan masa dan menikmati kualiti produk kami, dan menemui sesuatu yang cantik dan praktikal untuk kegunaan harian sekeluarga,” tambahnya.

Pada asasnya, Kays + Kins berpegang pada falsafah reka bentuk yang mengutamakan keselesaan. Setiap helaian direka cipta supaya terasa lembut, berudara dan mudah dipakai, terutamanya dalam cuaca tropika. Fabrik yang dipilih bukan sahaja berasaskan kelembutannya pada sentuhan pertama, tetapi juga kerana keupayaan kekal lembut dan selesa walaupun selepas sekian lama dan berulang kali dibasuh, menjadikannya amat sesuai untuk kegunaan harian.

Tumpuan terhadap reka bentuk prihatin ini juga dilanjutkan kepada identiti visual jenama. Kays + Kins terkenal kerana reka bentuk lukisan tangan terhad yang dihasilkan secara unik dan tidak ditelan zaman, dan bukannya produk yang dikeluarkan secara besar-besaran. Digabungkan dengan palet warna tidak terlalu menonjol dan gaya reka produk yang serba anggun, jenama ini menawarkan barangan gaya hidup yang cantik dan juga berfungsi yang diminati ibu bapa moden untuk menjaga keperluan si manja mereka.

Selain digunakan sebagai pakaian dan barangan kegunaan harian, jenama Kays + Kins menawarkan pelbagai produk yang sesuai dijadikan hadiah. Kedai perdana gaya hidup ini direka bentuk untuk memudahkan pelanggan memilih hadiah yang bermakna, malah juga yang dibeli pada saat terakhir, dengan menawarkan set hadiah seperti Kain Bedung Muslin Buluh untuk bayi baru lahir, Baju Santai dan Baju Tidur dengan zip dua hala tersendiri, peti cenderahati kayu yang boleh diukir dengan tanda nama peribadi dan Koleksi Warisan eksklusif yang hanya boleh didapati di kedai.

Inilah tempat yang harus dikunjungi untuk mendapatkan keperluan bagi majlis cukur jambul, akikah atau sambutan kelahiran bayi. Kedai ini menyediakan destinasi yang mudah dan bermakna untuk pengunjung mendapatkan hadiah dengan sentuhan peribadi yang pasti tidak dilupakan.
Butik itu sendiri mengetengahkan ruang dalam mewah berunsur bumi yang diilhamkan alam, mewujudkan suasana tenang dan mesra untuk menyambut kunjungan seisi keluarga dan pemberi hadiah.

Walaupun keselesaan, reka bentuk dan pengalaman terus menjadi tunggak jenama, Kays + Kins juga mengekalkan komitmen kukuh terhadap kualiti dan kaedah pengeluaran bertanggungjawab. Koleksinya termasuk baju kain kapas organik dengan persijilan GOTS dan kain dengan pensijilan OEKO-TEX yang memberikan jaminan tambahan kepada ibu bapa bahawa setiap produk memenuhi piawaian penjagaan dan keselamatan yang diiktiraf.
Sempena pembukaan kedai perdana ini, Kays + Kins menawarkan potongan 20% bagi pembelian tiga produk sebagai sebahagian daripada promosi Pembukaan Besar-Besaran. Promosi yang diadakan sehingga 30 April 2026 ini disediakan untuk semua produk kecuali Tawaran Kelompok.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kays + Kins dan produk yang ditawarkan, sila kunjungi kaysandkins.com.