Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gambar: Bernama

KBS Pandang Serius Keputusan FIFA – Hannah Yeoh

Iqbal Yasir

KBS Pandang Serius Keputusan FIFA – Hannah Yeoh

PUTRAJAYA — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius keputusan yang diumumkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negar.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata FAM akan mengemukakan rayuan berhubung isu berkenaan.

“Keutamaan sekarang adalah untuk FAM lengkapkan proses rayuan perundangan FIFA dan antarabangsa sehingga selesai sepenuhnya.

“Kesan perkara ini bukan sahaja melibatkan 7 pemain tetapi seluruh pasukan kebangsaan kita.

“Oleh itu, semua pihak perlu memastikan proses ini dijalankan dengan penuh integriti dan ketelusan demi nama baik Malaysia,” katanya dalam satu muat naik di Intagram Story.

Dalam masa yang sama, beliau turut meluahkan sedih dan marah dengan keputusan yang dilakukan badan induk bola sepak dunia itu.

Gambar: Instagram Hannah Yeoh

“Sama seperti ribuan penyokong Harimau Malaya di luar sana, saya juga berasa sedih dan marah membaca tentang keputusan FIFA.

“Jangan kita terburu-buru, biarkan proses rayuan diselesaikan terlebih dahulu dan selepas itu barulah kita ambil langkah seterusnya.

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia, saya tetap komited untuk menjaga hak dan kebajikan setiap atlet Malaysia, tidak kira sama ada nama anda Azizul, Pearly, Thinaah, Pandelela, Gabriel atau Rodrigo.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tampil memberikan penjelasan berhubung isu kewarganegaraan pemain naturalisasi susulan kembali mencuri perhatian dunia bola sepak tempatan, selepas keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa setiap keputusan pemberian kewarganegaraan dibuat mengikut peruntukan undang-undang di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses naturalisasi sangat teliti dan berlapis dokumen lengkap disemak, temu bual dijalankan, biometrik diambil, serta verifikasi menyeluruh dibuat.

“Syarat utama ialah keberadaan pemohon di Malaysia, bukan sekadar memohon dari luar negara. Semua keputusan dibuat mengikut tertib dan peraturan undang-undang,” katanya dalam satu sidang media pada hari ini.

Sumber: Instagram Hannah Yeoh

BACA: Kenyataan Rasmi America de Cali Berhubung Hukuman FIFA Kepada Rodrigo Holgado

BACA: Kenyataan Rasmi FAM Berhubung Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA