Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

KBS Perkasa Mobilisasi Belia Melalui Penyaluran Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

Muhammad Farhan

KBS Perkasa Mobilisasi Belia Melalui Penyaluran Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

Kementerian Belia dan Sukan (KBS), melalui inisiatif Rakan Muda memperkasa usaha bantuan pasca banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 secara bersepadu melalui kerjasama strategik dengan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Inisiatif ini mencerminkan komitmen KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dalam menyelaras penyampaian bantuan kemanusiaan secara tersusun, berfokus dan berimpak kepada komuniti terjejas.

Sebanyak 852 set bantuan akan diagihkan kepada mangsa banjir di tiga negeri yang melibatkan enam lokasi iaitu Segamat (Johor), Miri (Sarawak), Kota Kinabalu, Tenom, Beaufort dan Kota Belud (Sabah).

Setiap set bantuan merangkumi kit innerwear lelaki dan wanita, kit kebersihan diri dan barangan keperluan harian lain bagi menyokong keperluan asas mangsa.

Sehingga 6 Januari 2026, seramai 753 orang sukarelawan belia telah digerakkan bagi menyokong pelaksanaan bantuan di lapangan yang melibatkan 41 siri mobilisasi.

Antara bantuan yang telah dilaksanakan adalah:

I. Kerja-kerja pembersihan di pusat pemindahan sementara (PPS), kediaman mangsa, institusi dan kawasan awam yang terjejas.

II. Pengagihan makanan, kit kebersihan serta barangan keperluan harian kepada mangsa; dan

III. Penyediaan sokongan psikososial melalui khidmat sokongan moral serta aktiviti interaktif dalaman (indoor activities) bagi membantu mengurangkan tekanan emosi dan trauma mangsa.

KBS sentiasa komited untuk memastikan golongan belia memainkan peranan aktif dalam kerja-kerja kesukarelawanan dan bantuan kemanusiaan, khususnya ketika negara berdepan dengan situasi bencana.