Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penduduk Kongsi Situasi Kebakaran Hutan Berhampiran Lebuhraya MEX
Penduduk berkongsi situasi kebakaran hutan yang berlaku berhampiran Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dilapor semakin merebak ke kawasan perumahan perumahan berdekatan.
Menerusi beberapa rakaman tular memaparkan kebakaran masih berlaku di kawasan hutan dan dapat dilihat dari kawasan perumahan sehingga malam ini.
"Seramnya, api makin merebak di dekat kawasan perumahan," kongsi seorang pengguna.
Difahamkan, kebakaran berkenaan kini merebak sehingga kira-kira 2.02 hektar berbanding kira-kira 0.8 hektar pada petang tadi.

Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), petang ini.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sepasukan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, dengan bantuan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.12 petang.