Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kebakaran Hutan Di Jalan Pulau Angsa, Taman Perdana Height

Hannah
kebakaran hutan Perdana Height
Gambar: Mona Din/FB

Kebakaran Hutan Di Jalan Pulau Angsa, Taman Perdana Height

Kebakaran hutan dilaporkan berlaku di kawasan Jalan Pulau Angsa U10/2, Taman Perdana Height, Shah Alam petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan kejadian terbabit.

Difahamkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira pada jam 4.15 petang, sebelum jentera pertama tiba di lokasi pada jam 4.27 petang.

Menurut beliau, operasi pemadaman diketuai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dengan bantuan BBP Kapar dan BBP Sungai Buloh. Operasi turut melibatkan empat jentera termasuk satu water tanker.

Beliau memaklumkan, api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 6.05 petang.

“Setakat ini, 80 peratus api dipadamkan dan bomba sedang giat melakukan kerja pemadaman yang berbaki sekitar 20 peratus,” katanya dalam kenyataan.

BACA: Sebuah Tabika KEMAS Autisme Dibuka Di Setiap Negeri Tahun Depan – Ahmad Zahid

Sumber: Media Selangor