Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kebakaran Hutan Di Salak Tinggi Berjaya Dipadamkan Selepas 13 Jam
PUTRAJAYA, 1 November (Bernama) — Kebakaran hutan di Salak Tinggi, Sepang yang berlaku semalam, berjaya dipadamkan awal pagi ini selepas hampir 13 jam operasi dijalankan.
Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Penguasa Kanan II Mohamad Issmanto Md Pono berkata kawasan kebakaran merebak kepada 8.09 hektar akibat cuaca panas dan tiupan angin.
“Kebakaran berjaya dipadamkan pada 5.37 pagi tadi dan tidak melibatkan struktur bangunan atau mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 4.32 petang semalam, melibatkan kawasan seluas 0.49 hektar namun merebak sehingga 2.43 hektar setakat 9 malam tadi.
Kebakaran dapat dikawal pada 2.57 pagi dengan 80 peratus kawasan terbakar telah dipadamkan yang disusuli kerja pemadaman rapi bagi memastikan tiada nyalaan semula.
Operasi melibatkan 61 anggota, empat jentera Fire Rescue Tender dan sebuah lori tangki.
Sumber: Bernama
BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Bunuh Haiwan Yang Rosakkan Tanaman
BACA: Taufan Melissa Badai Kepulauan Caribbean, Ragut 50 Nyawa
BACA: Polis Sahkan Kejadian Pelajar Perempuan Terjatuh Dari Bangunan Sekolah