Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kebanyakan Kes Jenayah Di Brickfields Dilaporkan Orang Luar, Bukan Penduduk Setempat

Gambar: Bernama

Kira-kira 55 peratus kes jenayah di Brickfields bukan dilaporkan oleh penduduk setempat tetapi oleh mereka yang bekerja di situ atau transit melalui KL Sentral, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

Iklan

Bagaimanapun, kajian yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Januari hingga Jun 2020 menunjukkan statistik jenayah di daerah itu turun sebanyak 15.58 peratus, atau 143 kes, berbanding tempoh yang sama pada 2019.

“Kita menyaksikan penurunan keseluruhan kes jenayah di daerah ini, Ini terutamanya disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dalam tempoh itu kami mengambil peluang untuk membuat rondaan termasuk di lorong sempit di daerah ini,” katanya.

Zairulnizam berkata berdasarkan hasil kajian itu, beliau telah mengarahkan polis di daerah itu untuk mengambil tindakan proaktif bagi membina kepercayaan masyarakat melalui pelbagai program libat urus masyarakat.

“Dengan menjalin hubungan erat bersama masyarakat, kita akan mempunyai pemberi maklumat yang merupakan sebahagian daripada komuniti, ia umpama kita bercakap dengan rakan kita,” katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, baru-baru ini.

Selain itu, Zairulnizam berkata beliau turut membahagikan daerah Brickfields menjadi sektor kecil dengan pegawai dari balai polis yang berlainan di daerah tersebut ditugaskan ke kawasan tertentu (Kawasan Angkat) untuk memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai jenayah kepada polis.

Sumber: BERNAMA