Perdana Menteri UK, Theresa May hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada jawatan itu selepas tiga tahun berhempas pulas meyakinkan rakyatnya tentang Brexit.
Menurut May, beliau akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif berkuatkuasa pada hari jumaat yang bersamaan dengan 7 Jun.
Selepas usahanya dalam mendapatkan sokongan rakyat serta meyakinkan parlimen UK untuk keluar daripada Kesatuan Eropah tidak berhasil, beliau akhirnya akur dan mengundur diri daripada jawatan yang dipegangnya itu.
Gambar: CNNDalam sesi ucapan tersebut, May menyenaraikan beberapa pencapaiannya di peringkat domestik selama tiga tahun beliau menggalas jawatan perdana menteri itu.
Beliau turut menyatakan kepada wartawan bahawa, beliau adalah Perdana Menteri wanita UK yang kedua, namun tidak mustahil bakal ada wanita yang akan menggantikan jawatannya itu pada masa akan datang.
Menurutnya lagi, ianya merupakan suatu penghormatan yang tertinggi di dalam hidupnya kerana diberi peluang memegang jawatan Perdana Menteri UK serta mengakhiri ucapan tersebut dengan menyatakan bahawa beliau bangga dapat berkhidmat untuk negara yang beliau cintai.
Sumber: CNN