Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keindahan Hamparan Bunga Ungu Hiasi Kolam Takungan Di Melaka

Gambar: CJ Fen
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Walaupun masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ternyata ada pelbagai perkara positif yang berlaku. Tidak disangka apabila langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 ini turut mendatangkan impak kepada alam sekitar.

Viral di laman sosial Facebook beberapa gambar yang menunjukkan pemandangan sebuah kolam takungan cantik dipenuhi dengan bunga-bunga.

Gambar: CJ Fen
Gambar: CJ Fen

Gambar-gambar pemandangan yang indah itu diambil sendiri oleh CJ Fen di sebuah kolam takungan di Semabok, Melaka.

Difahamkan pemandangan indah itu dihiasi tumbuhan keladi bunting di kolam takungan banjir Semabok.

Menurut salah seorang pengguna Facebook, keladi bunting itu mengeluarkan bunga kecil dengan kelopak berwarna ungu sehingga menjadikan kolam itu seperti tanaman bunga.

Sumber: CJ Fen