Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kelaparan Gaza
Gambar: AP

“Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran

Hannah

“Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran

GENEVA, 8 Mei (Bernama-Anadolu) — Kelaparan di Gaza telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran pada Khamis, menyifatkan keadaan itu sebagai “kelaparan yang tidak pernah dilihat sebelum ini”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Gaza telah menjadi tanah terdesak,” menurut UNRWA di X, ketika krisis kemanusiaan terus meruncing di bawah pengepungan dan permusuhan yang berterusan.

Agensi itu menggesa tindakan segera, mendesak semua pihak untuk menarik balik sekatan, membenarkan aliran bekalan kemanusiaan tanpa had, dan meneruskan gencatan senjata. Ia juga mengulangi tuntutan untuk membebaskan tebusan.

“Kelaparan di Gaza sedang merebak dan semakin mendalam, ia adalah disengajakan dan buatan manusia,” menurut agensi itu.

Konflik itu telah memusnahkan perkhidmatan penting dan saluran bekalan, menyebabkan ratusan ribu berisiko kebuluran kerana bantuan kemanusiaan ke enklaf itu dihentikan oleh Israel sejak 2 Mac.

Tentera Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang kejam ke atas Gaza, membunuh lebih 52,600 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November lalu terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berikutan serangannya terhadap wilayah tersebut.

BACA: Sumbangan Beli Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu Ditutup Secara Rasmi

BACA: Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan: Kutipan Dana Capai Sasaran, Urusan Jual Beli Segera Dilakukan – MAIPk

BACA: Struktur Haram Di Tanah Rizab Masjid Pekan Dengkil Dirobohkan

Sumber: BERNAMA