Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keluarga Mat Saleh Bongkar 5 Perkara 'Mengejutkan' Pasal Malaysia

Hannah
perkara mengejutkan malaysia
Gambar: TikTok @kaitlyndanny

Keluarga Mat Saleh Bongkar 5 Perkara 'Mengejutkan' Pasal Malaysia

Siapa sangka, terlalu banyak perkara yang kita anggap biasa di Malaysia sebenarnya 'luar biasa' bagi pelancong asing.

Baru-baru ini, keluarga Mat Saleh mencuri perhatian apabila mendedahkan lima perkara 'mengejutkan' tentang negara kita. 

Perkongsian menerusi TikTok itu lantas mendapat sambutan rakyat tempatan. Mana tidaknya, perkara yang disebutkan sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita sejak sekian lama.

Adab & budaya orang Malaysia

Perkara pertama yang menarik perhatian mereka ialah orang Malaysia sangat sopan.

Menurut keluarga ini, rakyat Malaysia (yang mereka temui) agak pendiam dan menjaga jarak, tidak terlalu banyak berbual dengan orang asing.

Contohnya, pelayan restoran atau pemandu lebih banyak bercakap dengan suami (lelaki) dan bagi menu atau bil kepada lelaki dulu. Bagi mereka, ini satu budaya Asia yang unik dan berbeza dengan Barat.

Jalan raya "chaos", bandar bersih

Perkara kedua yang buat mereka terkejut ialah cara orang Malaysia memandu.

Katanya, garisan jalan raya di Malaysia nampak seperti 'hiasan' sahaja kerana pemanduan di sini agak mencabar dan penuh drama.

Namun, apa yang buat mereka kagum, jalan dan kaki lima di bandar sangat bersih, malah tong sampah mudah ditemui di mana-mana.

Parit & longkang tepi jalan yang dalam

Satu lagi perkara pelik bagi mereka ialah longkang dan parit di tepi jalan yang sangat dalam.

Menurut mereka, jika tidak berhati-hati ketika berjalan, seseorang boleh terus jatuh ke dalam parit tersebut.

Di sisi lain, bagi rakyat Malaysia, ini perkara biasa untuk mengelakkan banjir kilat.

Gerabak wanita sahaja

Perkara keempat ini paling mendapat pujian mereka, iaitu gerabak khas wanita di dalam tren.

"Saya harap kami pun ada benda macam ni di negara kami," katanya.

Mereka menyifatkan kemudahan ini sebagai sangat hebat dan berharap negara mereka juga menyediakan sistem sama.

Lebih menarik, mereka kagum melihat semua orang menghormati peraturan itu. Sepanjang berada di sini, mereka tidak melihat lelaki duduk di kawasan khas wanita.

Makanan sedap

Akhir sekali, keluarga ini memuji makanan Malaysia yang sedap dan murah.

Mereka menyifatkan makanan Malaysia sebagai gabungan sempurna budaya Melayu, Cina, India dan Timur Tengah.

Mereka juga terkejut sebab orang Malaysia suka makan lewat malam dan kedai banyak yang buka sampai tengah malam.

Bagi pelancong asing, suasana makan malam hingga ke awal pagi adalah pengalaman yang sangat unik dan menyeronokkan.