Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
tabiat rakyat malaysia
Gambar: BERNAMA
Wanita Sweden Kongsi 'Terjebak' Tabiat Rakyat Malaysia

Hannah

Wanita Sweden Kongsi 'Terjebak' Tabiat Rakyat Malaysia

Tidak dinafikan, Malaysia memang ada pelbagai pesona unik yang membuatkan ramai tertarik.

Dari keindahan alam semula jadi, budaya berbilang kaum, sehinggalah gaya hidup bandar yang serba moden. Negara ini sentiasa mencipta cerita menarik untuk dikongsi.

Baru-baru ini, seorang wanita dari Sweden yang kini menetap di Malaysia mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi sebuah video di TikTok, wanita itu berkongsi pengalaman jujurnya tentang beberapa tabiat rakyat Malaysia yang pada awalnya dirasakan agak pelik. Ini terutamanya tabiat pergi ke pusat beli-belah dengan kerap, walaupun bukan untuk shopping.

Pada mulanya, dia mengaku tidak faham mengapa orang Malaysia sanggup ke mall beberapa kali seminggu.

Baginya, aktiviti itu kedengaran ganjil kerana dia tertanya-tanya apa sebenarnya yang orang ramai lakukan di pusat beli-belah sepanjang masa.

"Pada awalnya, saya sebenarnya pelik dan sedikit menghakimi orang di Malaysia yang selalu pergi ke pusat beli-belah.

"Saya fikir, 'Apa sangat yang mereka beli? Apa yang mereka buat di mall setiap masa?'," katanya.

"Mall di Malaysia langsung tak sama macam mall di negara lain..."

Namun, dia mengakui persepsinya berubah sepenuhnya selepas dia sendiri mengalami kehidupan di sini.

Menurutnya, selepas tinggal di Malaysia, dia sedar bahawa mall di Malaysia bukan seperti mall di negara lain.

Dia sendiri mengaku pergi ke mall sekitar tiga kali seminggu. Tetapi yang lucunya, dia tidak membeli apa-apa pun.

"Saya sedar yang mall di Malaysia langsung tak sama macam mall di negara lain. Di sini, anda boleh buat hampir apa saja dalam mall. Dan sekarang, cuba teka siapa yang pergi mall hampir tiga kali seminggu? Ya, saya.

"Tahu tak apa yang saya buat? Saya langsung tak beli apa-apa pun. Saya cuma berjalan-jalan, pergi ke kafe kecil, makan pencuci mulut, mungkin tengok wayang, lepas itu… jalan lagi. Itu sahaja. Saya sebenarnya tak buat apa-apa pun.

"Saya sedar yang saya pergi mall tiga kali seminggu tapi langsung tak beli baju. Apa sebenarnya yang saya buat di sana? Sejujurnya, saya pun tak tahu.

"Kalau anda tanya apa yang saya buat semalam di mall, saya akan jawab: beli minuman, makan tengah hari, berjalan-jalan, lepas itu balik rumah. Normal ke? Saya tak pasti, tapi saya menikmatinya," katanya.

"Mall di Malaysia memang berada di tahap yang berbeza..."

Wanita ini turut membandingkan pengalaman mall di Malaysia dengan di Sweden. Katanya, di Sweden, mall lebih kepada tempat membeli-belah semata-mata.

Malah, ramai orang Eropah lebih suka membeli-belah di shopping street atau kawasan bandar terbuka, walaupun cuaca sejuk. Mall pula dianggap agak suram dan membosankan.

"Di Sweden, mall biasanya hanya untuk membeli-belah. Anda pergi, ada banyak kedai (malah ada bilik pameran kereta seperti Tesla), beberapa restoran, dan mungkin pawagam. Itu sahaja.

"Sebenarnya, ramai orang di Eropah pun tak suka beli-belah di mall. Mereka lebih suka jalan membeli-belah di shopping street. Walaupun musim sejuk dan sangat sejuk, orang masih suka berjalan di luar sebab kawasan itu cantik dan estetik.

"Mall pula kadang-kadang rasa suram dan membosankan. Mall di Eropah lebih kurang macam Pavilion, banyak kedai untuk berjalan tapi tak banyak aktiviti lain," jelasnya.

Mengapa mall Malaysia dirasakan unik?

Katanya, kebanyakan rakyat Sweden lebih suka memasak di rumah dan jarang makan di luar kerana faktor harga. Malah, katanya, konsep food court seperti di Malaysia hampir tiada di sana.

Di Malaysia pula, dia teruja kerana pilihan makanan sangat banyak dan mampu milik, dari gerai makanan tempatan hingga restoran menarik.

Selain itu, wanita ini juga kagum dengan cara mall di Malaysia menghias ruang mall, terutama semasa musim perayaan seperti Krismas.

"Di Sweden pun ada hiasan, tapi taklah sehebat dan semeriah di Malaysia," katanya.

Tak kurang, dia turut memuji banyaknya kafe menarik, tempat Instagrammable dan ruang estetik yang ada di Malaysia. Berbeza dengan Sweden yang lebih minimalis dan klasik dari segi reka bentuk.