Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tangguh Perjalanan Ke Iran

BERNAMA
rakyat malaysia iran
Kredit: Bernama

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tangguh Perjalanan Ke Iran

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Iran buat masa ini, dengan mengambil kira situasi keselamatan yang tidak menentu di negara berkenaan dan kawasan sekitarnya.

Dalam nasihat media yang dikeluarkan pada Khamis, Kementerian Luar turut menasihatkan rakyat Malaysia yang kini berada di Iran supaya mempertimbangkan untuk membuat pengaturan perjalanan yang sewajarnya melalui kemudahan komersial yang ada.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang memutuskan untuk terus kekal di Iran dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan perhimpunan awam berskala besar, dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Bahagian Konsular kementerian semasa waktu pejabat di talian +603-8887 4597, +603-8887 4769, +603-8887 4264 atau melalui e-mel di [email protected].

Kementerian juga boleh dihubungi selepas waktu pejabat melalui talian bantuan kecemasan di +603-8887 4570 atau melalui e-mel di [email protected].

Wisma Putra memaklumkan bahawa kementerian akan terus memantau situasi tersebut dengan teliti dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.