Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keluarga Steve Irwin Teruskan Legasi, Selamatkan Haiwan Di Australia

Steve Irwin, seorang peminat hidupan liar yang terkenal dengan gelaran “Crocodile Hunter” telah meninggal dunia pada 4 September 2006 akibat terkena sengat ikan pari. Walaupun kini hanya tinggal nama, keluarga Irwin nampaknya masih meneruskan warisan tersebut untuk merawat dan menyelamatkan hidupan liar dalam bahaya.

Bindi Irwin, anak perempuan Steve dan seluruh keluarga Irwin telah menyelamatkan lebih daripada 90,000 haiwan. Kebanyakan daripadanya ialah haiwan yang cedera di kebakaran hutan dasyat di Australia.

Gadis berusia 21 tahun itu mengesahkan bahawa Zoo Australia yang dikendalikan oleh keluarga Irwin tidak terjejas daripada kebakaran itu. Tambahnya, zoo tersebut bertukar menjadi ‘sibuk’ berbanding sebelumnya ekoran penambahan haiwan yang perlu diselamatkan.

Melalui perkongsiannya di Twitter, dia memaklumkan bahawa ibu bapanya telah mendedikasikan zoo tersebut kepada neneknya. Antara haiwan yang banyak terkorban dalam kebakaran itu ialah Blossom dan juga beruang koala.

Kebakaran di Australia merupakan ‘malapetaka’ besar yang telah mengorbankan 24 orang meninggal dunia dan juga berjuta-juta haiwan yang terperangkap.

Sumber: CNN