Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keluarga Terselamat Selepas Pesawat IAF Tidak Sengaja Gugurkan Objek

Pesawat IAF Gugurkan Objek keluarga
Gambar: Hindustan Times

Keluarga Terselamat Selepas Pesawat IAF Tidak Sengaja Gugurkan Objek

NEW DELHI, 26 April (Bernama) – Sebuah keluarga dilaporkan terselamat selepas sebuah pesawat Tentera Udara India (IAF) secara tidak sengaja menggugurkan sebuah objek di kediaman mereka di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh pada Jumaat.

Menurut laporan media tempatan, dua bilik rumah berkenaan musnah manakala serpihan turut menghempap sebuah kereta yang diparkir berhampiran.

“Tentera Udara India kesal atas kerosakan yang berlaku membabitkan harta awam berhampiran Shivpuri susulan pengguguran peralatan udara dari pesawat IAF yang tidak disengajakan. Siasatan telah pun dimulakan berhubung insiden ini,” menurut kenyataan IAF di platform X.

Rumah berkenaan dimiliki oleh seorang guru bernama Manoj Sagar.

Ketika kejadian, beliau sedang makan bersama anak-anak manakala isterinya berada di dapur.

Mereka dikejutkan dengan dentuman kuat disusuli gegaran, menurut laporan agensi berita PTI memetik kenyataan pegawai tempatan.

Kesan hentaman menyebabkan kawah sedalam 8 hingga 10 kaki terbentuk di kawasan rumah berkenaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Penyanyi Tamil Tempatan Dan Ibu Maut Terjatuh Kondo

BACA: Kawasan Yang Tinggal Di Gaza “Tidak Selamat Dan Tidak Boleh Diduduki” – UNRWA