Satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan berat di Kilometer 257.1 arah utara di antara Terowong Menora ke Kuala Kangsar.
Kemalangan yang melibatkan treler dan lori tangki itu telah menyebabkan kesesakan teruk hampir 5km sebelum kemalangan.
Orang ramai yang menggunakan laluan itu diminta berhati-hati ketika melalui tempat kejadian. Kemaskini terbaru dari pengguna lebuhraya, keadaan kesesakan semakin baik.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS , Plus Trafik