Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kemaman Paling Terjejas, 11,137 Mangsa Banjir Di Terengganu Setakat Ini

Kredit: Kosmo

Berikutan hujan lebat yang melanda kawasan pantai timur terutama Terengganu telah menyebabkan beberapa kawasan telah dilanda banjir.

Menurut Kosmo, mangsa banjir di sana telah meningkat kepada 11,137 orang dari 3,177 buah keluarga. oleh itu, sebanyak 157 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di semua lapan daerah di negeri tersebut, lapor Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu.

“Kemaman kekal paling terjejas dengan 3,026 mangsa daripada 827 keluarga berada di 22 PPS.

“Situasi banjir di Hulu Terengganu juga agak serius dengan 2,946 mangsa daripada 950 keluarga telah ditempatkan di 27 PPS,” katanya di sini semalam.

Maklum mereka juga, seramai 2,187 mangsa daripada 516 keluarga berada di 44 PPS di Besut. Manakala seramai 1,277 mangsa daripada 391 keluarga telah ditempatkan di 30 PPS di Setiu, lapor Kosmo.

“Dungun pula mempunyai 1,236 mangsa daripada 362 keluarga yang berada di 23 PPPS.

“Sebanyak lapan PPS dibuka di Kuala Nerus dengan 407 mangsa daripada 116 keluarga ditempatkan.

“Seramai 53 mangsa daripada 14 keluarga berada di dua PPS di Kuala Terengganu manakala cuma satu PPS yang dihuni lima sekeluarga masih beroperasi di Marang,” katanya.

Hujan masih lagi turun di Hulu Terengganu, Setiu, Marang dan Besut lapor Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu melalui Kosmo.

Sumber: Kosmo!