Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kematian Dicemburui, Arwah Fazita Khalid 'Pergi' Pada Bulan Ramadan Di Bumi Madinah

Kematian Dicemburui, Arwah Fazita
Kredit: Rosita Khalid & Andalusia Tour

Kematian Dicemburui, Arwah Fazita Khalid 'Pergi' Pada Bulan Ramadan Di Bumi Madinah

Betapa mulianya pengakhiran seorang insan bernama Allahyarhamah Fazita Khalid apabila dijemput Ilahi pada bulan Ramadan dan disolatkan oleh jutaan jemaah yang berada di Masjid Nabawi di Bumi Madinah.

Lebih manis, tetamu Allah ini selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi Al-Gharqad, yang menempatkan jutaan insan terpilih, berada berdekatan dengan makam Rasulullah SAW.

Menerusi perkongsian kakaknya Rosita Khalid, allahyarhamah bertarung nyawa selama 20 hari di Hospital Mouwasat Madinah dan kemudian dipindahkan ke Hospital King Fahd Madinah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 22 Februari lalu selepas mengadu sesak nafas.

Difahamkan, arwah adiknya telah berangkat ke Tanah Suci pada 23 Januari bersama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 2 Februari

"Namun, pada 2 Februari semasa urusan check in di airport Madinah, Fazita menghubungi saya melalui whatapps mengatakan dia sesak nafas dan merasakan nafas nya pendek seperti hilang nyawa dan sanggup untuk hilang nyawa kerana rasa sangat sesak nafas yang teruk.

"Fazita juga kehilangan suara dan batuk pada masa itu, dia ada berkata dia tak dapat nak berkomunikasi dengan Mutawwif kerana tak mampu bercakap. Untuk pengetahuan Allahyarhamah pergi bersorangan tanpa ditemani oleh sesiapa dan Fazita tiada sejarah sakit apa-apa, dia sihat," kongsi kakak arwah.

Susulan itu, keluarga segera menghubungi Mutawif bertugas dan memaklumkan keadaan adiknya.

"Saya terus menghubungi Mutawif (Ustaz Wan Halim) dengan memaklumkan bahawa Fazita sesak nafas dan dia berada di Gate 115 (Madinah Airport). Saya meminta supaya adakan Medical Team untuk memeriksa Fazita. Dengan kadar segera, Medical Team sampai dan memeriksa keadaan Fazita," kongsinya.

Pasukan perubatan lapangan terbang segera memberikan bantuan oksigen sebelum memberitahu bahawa Fazita disahkan tidak fit untuk menaiki penerbangan pulang Malaysia.

Allahyarhamah kemudian dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan disahkan mengalami jangkitan paru-paru.

Penantian 20 Hari Penuh Harapan Dan Doa

Selama hampir tiga minggu menerima rawatan, arwah sepenuhnya bergantung pada mesin ventilator dan Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).

Malah Fazita turut melalui prosedur intubate selama 12 hari.

"Kami sempat video call. Dia senyum, angguk kepala… walaupun tak boleh bercakap,” luah kakaknya.

Bagaimanapun, tahap kesihatan Allahyarhamah mula merosot pada 18 Februari. Malah Allahyarhamah dilaporkan muntah darah sehari kemudian.

Pada 20 Februari, keluarga dimaklumkan oleh jururawat bahawa harapan Allahyarhamah untuk kembali pulih tipis (50-50).

Pada 22 Februari, jam 3.45 petang waktu tempatan, Fazita menghembuskan nafas yang terakhir.

Sempat Beri Penghormatan Terakhir

"Alhamdulillah kami (dua kakak Fazita) sempat melihat wajah nya dan memandikan jenazah," katanya lagi.

Al-Fatihah, semoga pemergian allahyarhamah diberikan kematian khusnul khatimah.