Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kematian Dicemburui, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Solat Berjemaah

Sofea
Kematian Yang 'Dicemburui'
Kredit: Masjid Al-Khairiyah

Kematian Dicemburui, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Solat Berjemaah

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tidak cepat atau lambat walau sesaat, apabila sudah tiba masanya Allah SWT akan memanggil kita kembali ke pangkuanNya.

Justeru, selagi hayat dikandung badan, lakukanlah sebanyak-banyak kebaikan dan berdoa agar kita 'pergi' dalam keadaan Husnul Khatimah. Ia merupakan kematian yang paling 'dicemburui'.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian mengenai kematian seorang warga emas yang menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menunaikan solat berjemaah.

Jemaah yang dikenali sebagai Alias Abd Ghani itu telah dijemput Ilahi pada hari pertama Ramadan.

Menerusi perkongsian Masjid Al-Khairiyaht, ia merupakan satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook menunjukkan Allahyarham sedang bersolat jemaah dan tidak lama kemudian rebah ketika ingin rukuk.

Kredit: Masjid Al-Khairiyah

Allahyarham dilihat jatuh terduduk dalam keadaan bersujud.

Kredit: Masjid Al-Khairiyah

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda lagi diredai-Nya.

"​Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah berpulangnya Hj. Alias Abd Ghani menemui Penciptanya tepat pada hari pertama Ramadan.

"​Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya.

"​Salam takziah daripada kami di Masjid Al-Khairiyah," kata pihak masjid itu.

Jenazah Allahyarham telah disolatkan di masjid itu selepas solat Jumaat dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.