Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kematian Yang Dicemburui, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Jumaat

Iqbal Yasir
Imam Meninggal Dunia solat jumaat
Gambar: Facebook

Kematian Yang Dicemburui, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Jumaat

Suasana pilu menyelubungi Masjid Felda Lembah Klau, Raub selepas seorang imam dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika sedang memimpin solat Jumaat, hari ini.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik-detik terakhir kejadian.

Dalam klip yang dikongsikan pengguna Cik Rosya di platform Facebook, lelaki itu rebah selepas rukuk ketika sedang mengimamkan solat Jumaat di masjid berkenaan.

“Bening rasa hati warga kampung Lembah Klau petang ni. Solat Jumaat 18/7/ 2025.

“Imam Masjid Felda Lembah Klau kembali kepada Allah di hari Jumaat, bukan hari lain.

“Kembali ketika solat Jumaat, bukan solat fardhu biasa. Kembali sebagai imam solat bukan sebagai makmum biasa.

“Ya Allah betapa elok Allah susunkan perjalanan akhirnya. Husnul khatimah Ya Allah,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan takziah dan mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Facebook Cik Rosya