Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kematian Dicemburui, Jemaah Haji Johor Meninggal Dunia Dalam Ihram

Iqbal Yasir
jemaah haji johor meninggal dunia
Gambar: Mohd Fared Mohd Khalid

JOHOR BAHRU — Seorang jemaah Haji, yang juga Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) dilaporkan meninggal dunia dalam kawasan Kaabah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan perkhabaran duka itu.

Katanya, Allahyarhamah, Norizah Tambunan Nordin, 47, baru sahaja tiba di bumi Mekah pada 16 Mei, semalam.

“Dukacita dimaklumkan salah seorang jemaah dalam Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) kita yang baru tiba di Mekah pada 16/5/2025 telah meninggal dunia dalam kawasan Kaabah.

“Dijemput datang sebagai tetamu NYA.. ‘dijemput pergi’ di Tanah Suci.. dalam ihram dan persiapan paling manis bertemu Sang Pencipta.

“Mewakil Kerajaan Johor saya mengucapkan takziah kepada ahli waris Allahyarhamah.

“Allahyarhamah merupakan kakitangan di Pejabat Daerah Batu Pahat,” katanya,” kongsinya dalam hantaran itu.

Sumber: Facebook Mohd Fared Mohd Khalid

BACA: Pemuda Dedah Gaji Guru Kontrak Di Indonesia Buat Ramai Terkejut

BACA: Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap – Polis

BACA: Pelajar Tahfiz Cemerlang Diberi Biasiswa Lanjut Pelajaran Di UniKL, UPTM – Ahmad Zahid