Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jom Beli Produk Hijau
Tiada Kategori

Kempen “Jom Beli Produk Hijau”, Kepelbagaian Produk Bukti Kepentingan Alam Sekitar

syafiq halim

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2024 – Kempen Jom Beli Produk Hijau, sebuah kempen kolaborasi antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Shopee, telah berjaya mempromosikan habit membeli-belah mampan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dilangsungkan selama empat bulan dari September hingga Disember 2023, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar dan mempromosikan kelestarian dalam pasaran Malaysia.

Kempen ini mencapai kadar penggunaan baucar 100% berjumlah RM60,000 terhadap produk yang ditandakan dengan MyHIJAU, satu pengiktirafan dari Kerajaan untuk produk dan perkhidmatan yang telah mendapat pensijilan hijau serta mematuhi standard alam sekitar tempatan atau antarabangsa. Pencapaian ini menunjukkan komitmen kukuh pengguna dalam menyokong produk mampan tempatan dan perubahan habit pembelian ke arah yang lebih mesra alam.

Sejumlah 1,195 penjual tempatan menyertai kempen ini dan lebih 3,600 produk hijau disenaraikan. Produk kertas merupakan kategori produk hijau paling cemerlang yang menyumbang 73% kepada jumlah jualan. Produk cat pula menyumbang 17% jumlah jualan, sementara 9% adalah daripada produk pencuci. Selebihnya, disumbangkan oleh produk pembungkusan biojisim dan produk kategori dapur. Ini menunjukkan kepelbagaian pilihan barangan mampan yang tersedia buat pengguna.

Jom Beli Produk Hijau

Jenama tempatan seperti PaperOne, Readycare, dan Bina Paint merupakan penjual terbaik, di mana komitmen mereka terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kualiti produk mampan memenuhi keinginan pengguna, pada masa yang sama membantu kejayaan kempen Jom Beli Produk Hijau.

Trend ini selaras dengan hasil tinjauan “Shop Green with Shopee” pada tahun 2022, yang mendedahkan bahawa pengguna Malaysia kian mencari barangan mampan. Tinjauan ini menunjukkan kenaikan tiga kali ganda terhadap kecenderungan memilih produk yang mempromosikan penggunaan lebih pintar berbanding tahun-tahun lalu. Tambahan lagi, pencarian kata kunci dalam platfrom Shopee seperti ‘pre-loved,’ ‘pre-owned,’ ‘warehouse clearance,’ ‘demo unit,‘ dan ‘thrift,’ menunjukkan menunjukkan minat yang makin berkembang terhadap pembelian mampan dalam kalangan pengguna.

Ir. TS. Shamsul Bahar Bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) MGTC menyatakan kegembiraannya terhadap kejayaan inisiatif kempen Jom Beli Produk Hijau,

“Kempen ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kolektif terhadap kelestarian alam tetapi juga menunjukkan permintaan yang semakin berkembang terhadap produk hijau. Respons positif pengguna menunjukkan kesedaran yang semakin berkembang terhadap impak penting setiap keputusan yang dibuat untuk kesejahteraan planet. Kerjasama dengan Shopee membawakan kelebihan dalam landskap digital dalam mencapai pengguna secara lebih meluas. Ia juga membolehkan kami untuk mendemonstrasikan matlamat kami iaitu produk hijau mudah didapati oleh setiap pengguna, dan sokongan yang diterima ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap alternatif mesra alam itu wujud.”

Shopee, platfrom e-dagang terunggul di Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pembeli dengan produk mampan tempatan. Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, ‘Kami berbangga menjadi sebahagian dari kempen Jom Beli Produk Hijau yang bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar tetapi juga menyokong perniagaan tempatan yang komited tentang kelestarian. Kempen ini menunjukkan komitmen berpanjangan kami dalam memacu perubahan positif dalam pasaran.”

Jom Beli Produk Hijau

Kempen ini menunjukkan usaha seluruh pihak berkepentingan dalam mempromosikan kelestarian di Malaysia. Shopee kekal berdedikasi dalam memupuk kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar dan menyokong perniagaan mampan tempatan. Upacara Penutup Kempen Jom Beli Produk Hijau telah dlangsungkan semalam di HQ MGTC dan dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad.