Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kemunculan Mark Wahlberg Di Pulau Pinang Jadi Bualan, Aksi Naik Kelisa Paling Curi Perhatian

WAHLBERG
Tangkap layar video Facebook

Kemunculan Mark Wahlberg Di Pulau Pinang Jadi Bualan, Aksi Naik Kelisa Paling Curi Perhatian

Kehadiran pelakon Hollywood terkenal, Mark Wahlberg di George Town, Pulau Pinang bukan sahaja mencuri perhatian kerana dipercayai sedang menjalani penggambaran filem antarabangsa.

Malah, aksi spontan beliau menaiki sebuah Perodua Kelisa turut menjadi bualan hangat netizen sehingga mengundang pelbagai reaksi lucu di media sosial.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Wahlberg dilihat berada di sekitar George Town bagi menjalani penggambaran sebuah filem antarabangsa yang dikatakan sedang menjalani proses penggambaran di Pulau Pinang.

Menurut dakwaan yang tular, filem berkenaan dipercayai sama ada Call of Duty atau The Big Fix, namun sehingga kini pihak produksi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung judul sebenar mahupun lokasi penggambaran tersebut.

Apa yang lebih mencuri perhatian ialah apabila pelakon berusia 55 tahun itu dilihat turun daripada sebuah Perodua Kelisa, sekali gus mencetuskan pelbagai komen berseloroh daripada warga maya.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @seakuda_curb_slasher berkata, aksi itu seolah-olah babak filem aksi versi Malaysia.

"Malaysian Job. Car chase guna Kelisa instead of Mini Cooper."

Di Facebook pula, seorang pengguna, Jimmy Lim berkata, Kelisa kini seakan kembali menjadi perhatian selepas dinaiki bintang Hollywood berkenaan.

"Perodua Kelisa suddenly became popular again as ride by Mark Wahlberg."

Seorang lagi netizen, @Sinn Dham pula berseloroh pemilik Kelisa itu mungkin boleh menjual kenderaan berkenaan pada harga luar biasa selepas ini.

"Nanti mungkin ada iklan untuk dijual, Perodua Kelisa bekas dinaiki Mark Wahlberg dengan harga jackpot. RM500 ribu."

Dalam pada itu, satu lagi hantaran di Threads turut mencuri perhatian apabila seorang pengguna, @qistinaazmii, mendakwa terserempak dengan Wahlberg di sebuah premis terkenal di Pulau Pinang.

Menurutnya, pelakon berkenaan dilihat berada di Penang Famous Muruku, malah sempat bergurau kononnya bertanyakan harga makanan ringan tersebut.

"Zoom sikit dia mai tanya, 'Muruku 3 RM10 ada ka'."

Setakat ini, kehadiran Wahlberg di Pulau Pinang terus menjadi perhatian ramai, namun pihak produksi masih belum mengesahkan secara rasmi tujuan sebenar