Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kena ‘Sidai’ Lama, Geng ‘Moto’ Tetap “Sporting”, Bagi Jalan & Siap Lambai Konvoi Askar
Semalam, semasa berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65, pelbagai peristiwa dan detik manis dilaporkan berlaku. Namun, yang pastinya rakyat Malaysia tetap bersemangat dan bersama-sama sehingga acara tersebut berakhir.
Di atas nama sayangkan Malaysia, mereka setia memberi sokongan dan sorakan padu terhadap semua para peserta acara perarakan yang berkorban masa melakukan raptai sebelum ini. Paling mencuri tumpuan, sudah tentunya perbarisan anggota tentera kita kerana dimana sahaja mereka berada, orang ramai sentiasa memberikan sambutan yang cukup meriah.
Misalnya, menerusi video Tik Tok yang dimuat naik di laman milik Fiza Jaafar, dia berkongsi detik di mana sekumpulan penunggang motosikal berhenti di tepi jalan untuk memberi laluan kepada konvoi anggota tentera yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Menurutnya, mereka perlu menunggu untuk tempoh yang agak lama dengan keadaan cuaca yang panas. Walau bagaimanapun, semua penunggang motosikal berkenaan tetap menunggu dengan sabar dan memberi respon yang sangat mengujakan kepada konvoi-konvoi berkenaan.
Malah, dapat disimpulkan rasa panas yang dirasai ketika itu mungkin hilang apabila lambaian dan sorakan mereka terhadap konvoi tersebut turut berbalas.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat penunggang motosikal berkuasa besar, kereta kebal dan beberapa lagi kenderaan yang dipandu oleh mereka melintasi jalan raya tersebut sambil melambai semula kepada umum yang sedang menunggu di persimpangan jalan tersebut.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa sambutan kemerdekaan pada tahun ini lain dari lain dan memang terasa sebagai keluarga Malaysia. Ada juga yang sebak dengan tindakan tersebut. Jom lihat apa kata mereka.



Sesungguhnya, sambutan Hari Kebangsaan 2022 benar-benar terasa berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, apataha lagi acara seumpama ini terpaksa ditangguhkan dalam dua edisi terdahulu selepas dunia dilanda Covid-19.
Semoga jalinan ukhwah dan semangat perpaduan yang ditunjukkan sepanjang bulan kemerdekaan ini berkekalan sampai bila-bila.
BACA: Bangga, Viral Burj Khalifa Mercu Tanda Dubai Dilimpahi ‘Cahaya’ Jalur Gemilang Sempena Merdeka
Sumber: Fiza Jaafar (Tik Tok)