Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2 Bermula Hari Ini

kenaikan gaji penjawat awam
Kredit Gambar: Bernama

Penjawat awam di Malaysia akan dapat menikmati kenaikan gaji fasa dua bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kenaikan gaji baharu itu tertinggi dalam tempoh 12 tahun.

"Hari ini, kita meraikan komitmen penjawat awam dengan kenaikan gaji baharu tertinggi dalam tempoh 12 tahun yang terbesar dalam sejarah bagi penjawat awam.

"Ia bukan sekadar angka, tetapi pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen anda demi pembangunan negara," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Anwar juga berharap pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk penjawat awam terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi dan semangat kebangsaan.

"Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya," katanya lagi.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Untuk pengetahuan, pelarasan gaji fasa kedua merupakan kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar keseluruhan 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana, dan Kumpulan Pengurusan dan Professional serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

Fasa Kedua menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menerima pelarasan sebanyak tiga peratus, lapor Bernama.