Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pelarasan Gaji SSPA
Gambar: BERNAMA

Pelarasan Gaji Fasa 2 SSPA Dibayar 22 Jan – JPA

Hannah

Pelarasan Gaji Fasa 2 SSPA Dibayar 22 Jan – JPA

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bakal menerima pelarasan gaji Fasa 2 di bawah sistem itu, pada pembayaran gaji bagi bulan Januari 2026 dengan kenaikan dikira berdasarkan gaji akhir 31 Dis 2025.

Timbalan Pengarah Dasar Gaji Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Mohd Shahir Shaari berkata walaupun pelarasan gaji baharu berkuat kuasa pada 1 Jan, pembayaran hanya akan dibuat pada 22 Jan yang merupakan hari gaji bagi bulan berkenaan.

Beliau berkata pelarasan gaji Fasa 2, kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024 dengan kadar 15 peratus untuk Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P), serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

“Yang akan datang ini, penjawat awam (Kumpulan P&P), akan menerima (lagi) tujuh peratus, manakala KPT akan menerima pelarasan sebanyak tiga peratus (lagi),” katanya dalam program audio siar, “Kenaikan Gaji SSPA 2.0: Apa Perlu Pegawai Awam Tahu” yang disiarkan di Facebook dan YouTube JPA, hari ini.

Pada fasa satu pelarasan gaji, kumpulan P&P telah menerima kenaikan lapan peratus, manakala KPT empat peratus yang dibayar pada Dis 2024.

Mohd Shahir berkata mereka yang tidak memilih SSPA serta tidak lagi berada dalam perkhidmatan kerajaan pada 1 Jan tahun depan, sama ada kerana bersara atau ditamatkan perkhidmatan sebelum tarikh tersebut, tidak layak menikmati pelarasan gaji tersebut.

“Bagaimanapun, untuk pegawai yang bersara pada 1 Jan, hari terakhirnya (berkhidmat) ialah pada 31 Dis. Jadi, 1 Jan (tahun hadapan) bukan hari terakhir dalam perkhidmatan…dia tidak dapat pelarasan gaji sebaliknya akan dapat pelarasan pencen.

“Untuk pegawai yang meninggal dunia pada 1 Jan dan tarikh itu merupakan hari terakhirnya dalam perkhidmatan, kita akan berikan pelarasan gaji pada 1 Jan dan kemudiannya akan buat pelarasan pembayaran pencen pada pewaris,” katanya.

Selain itu, beliau berkata penjawat awam yang menerima markah penilaian prestasi tahunan kurang daripada 75 peratus di bawah sistem MyPERFORMANCE, tidak akan terjejas daripada menerima kenaikan gaji pada bulan depan.

Beliau menegaskan syarat utama untuk menerima pelarasan gaji Fasa 2 ialah penjawat awam mestilah menerima memilih skim SSPA dan berada dalam perkhidmatan awam pada 31 Dis tahun ini dan 1 Jan 2026.

“Pelarasan gaji tidak ada kaitan secara langsung dengan (penilaian prestasi) MyPERFORMANCE. (Yang akan terkesan) cuma dari segi pergerakan gaji tahunan. Markah minimum yang perlu dicapai untuk pegerakan gaji tahunan ialah 75 peratus.

“Jadi, penjawat awam pastikanlah untuk mendapatkan 75 peratus (bagi penilaian prestasi di bawah MyPERFORMANCE). Jadi, penjawat awam (akan dapat menerima manfaat) pelarasan gaji Fasa 2 dan pergerakan gaji tahunan pun akan dapat juga,” katanya.

Menyentuh mengenai ketetapan kalkulator SSPA yang digunakan penjawat awam sejak pengumuman pelarasan gaji di bawah sistem SSPA dibuat, beliau berkata ia boleh digunakan sebagai rujukan umum, namun pengesahan sebenar, berdasarkan rekod perkhidmatan dan gaji dalam buku perkhidmatan masing-masing.

Beliau turut menasihatkan penjawat awam untuk merujuk sumber sahih seperti jabatan masing-masing atau JPA, bagi mendapatkan maklumat tepat selain turut mengingatkan kakitangan awam agar meningkatkan prestasi dan mempamerkan kecekapan hasil kerja lebih baik berbanding sebelum ini.

“Bila kerajaan dah pertimbangkan kenaikan gaji, kita sebagai penjawat awam juga ada tanggungjawab. (Kita) mestilah menaikkan produktiviti kita, lebih bersemangat dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2024 semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat Kebangsaan di Putrajaya, mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember 2024, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Sumber: BERNAMA