Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenali Pereka, Rekabentuk Dan Kali Pertama Jalur Gemilang Dikibarkan Di Negara Kita

Sebagai rakyat Malaysia, adalah satu perkara yang perlu untuk kita mengenali latar belakang Jalur Gemilang iaitu bendera yang menjadi lambang kebanggaan dan kemegahan negara Malaysia.

Jalur Gemilang direka oleh Mohamed Bin Hamzah pada tahun 1947. Pada 23 februari 1950, bendera rekaan beliau telah dipilih dan mendapat perkenan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan rekaan beliau dan akhirnya pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera Jalur Gemilang dikibarkan di Istana Selangor.

Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur, 7 jalur merah dan 7 jalur putih. Jalur Gemilang juga dilengkapi dengan Bulan dan Bintang dengan berlatar belakangkan warna biru tua. Berikut adalah maksud-maksud warna dan rekabentuk Jalur Gemilang.

Jalur Merah: Bukti keberanian dan kesiapsiagaan dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.

Jalur Putih: Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan

Kuning: Melambangkan kedaulatan Raja Berpelembagaan

Biru Tua: Melambangkan perpaduan rakyat dalam negara yang berbilang kaum

Bulan Sabit: Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan dan negara

Bintang Pecah 14: Melambangkan jumlah 13 negeri dan Wilayah Persekutuan di negara

Sumber: Majlis Keselamatan Negara