Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Gambar via OddityCentral

Kenali Ruki, Dipercayai Sungai Tergelap Di Dunia

Nurul Alya

Kenali Ruki, Dipercayai Sungai Tergelap Di Dunia

Sebatang anak sungai di Congo iaitu Sungai Ruki dipercayai digelarkan sebagai sungai tergelap di dunia, dengan air begitu gelap sehingga anda tidak nampak muka anda sendiri di permukaannya.

Dalam apa yang dianggap sebagai kajian ilmiah tentang sungai di Afrika, santis menyimpulkan bahawa air sungai yang gelap itu terjadi kerana bahan organik yang terlarut dari hutan hujan di sekitarnya.

Saintis mendapati bahawa warna sungai itu terjadi kerana sebatian kaya karbon yang dikeluarkan dari tanaman yang membusuk dan dihanyutkan ke dalam Sungai Ruki melalui hujan ataupun banjir.

Menurut Dr. Travis Drake, yang merupakan penulis utama untuk kajian tersebut, Sungai Ruki pada dasarnya dianggap ‘teh hutan’ di mana bahan tumbuhan karya karbon ‘dibancuh’.

Hasil perwarnaan air itulah yang membuatkan Sungai Ruki lebih gelap daripada Rio Negro di Brazil.

“Sebatian organik yang keluar dari tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya, jadi lebih tinggi kepekatannya, lebih gelap airnya.

“Ia ibaratkan kita membancuh air teh yang pekat menggunakan teh beg yang banyak,” kata Dr. Drake.

Lebih Gelap Daripada Sungai Amazon, Rio Negro

Selain itu, berpandukan sistem ukuran, pasukan ETH Zurich di Switzerland mendapati bahawa Sungai Ruki merupakan 1.5 kali ganda lebih gelap daripada Rio Negro, sungai berwarna gelap di Hutan Amazon.

Walaupun keluasan Sungai Ruki hanya membentuk satu per 20 (1/20) Lembangan Congo, ia hakikatnya mengandungi seperlima dari semua karbon terlarut di Congo.

“Sungai Ruki merupakan salah satu sistem sungai yang kaya dengan DOC,” kata Matti Barthel yang merupakan penulis bersama untuk kajian itu.

“Kami terpegun dengan warna sungai itu,” kata Dr. Travis Drake. Dia juga menambah bahawa air itu sangat gelap sehingga anda tidak boleh nampak tangan di hadapan muka anda.

Cuba anda bayangkan anda berada di dalam sungai itu. Mereka yang mempunyai fobia air dalam, atau Thalassophobia mesti tidak mahu mendekati sungai itu.

Sudahlah airnya gelap sampai tak boleh nampak apa-apa, kita juga tidak tahu adakah apa-apa haiwan yang boleh hidup dalam air itu.

Sumber: OddityCentral

BACA JUGA: Apa Jadi Kalau Lipas Pupus Dari Bumi? Ini Fungsi Lipas Dalam Ekosistem