Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenapa Masih Ramai Beli Baju Raya Secara Fizikal Sedangkan Kat Online Lebih Murah?

Kenapa Masih Ramai Beli Baju Raya Secara Fizikal Sedangkan Kat Online Lebih Murah?

Mencari dan membeli baju raya sebenarnya satu proses yang cukup mencabar serta memenatkan.

Tempoh sebulan yang ada sebelum Syawal tiba terasa tidak cukup untuk kita buat keputusan, baju raya mana yang hendak dibeli, kan?

Untuk menjimatkan masa, ada yang memilih membuat pembelian secara dalam talian, namun kerap kali berhujung dengan kekecewaan.

Sebab itulah, membeli baju raya secara fizikal di tahun 2026 ini sebenarnya masih relevan bagi kebanyakkan rakyat Malaysia.

Ada sekurang-kurangnya lima sebab utama kenapa membeli baju raya secara fizikal lebih daripada sekadar transaksi jual beli semata-mata.

Kualiti bahan & kain boleh dinilai di depan mata

Jenis dan kualiti kain mungkin jadi faktor utama dalam pemilihan baju raya. Walaupun deskripsi bahan mungkin sudah disediakan oleh penjual, namun ia tidak boleh menggantikan deria rasa dan sentuhan manusia.

Dengan sentuhan, kita boleh menilai ciri-ciri dan rasa sensasi yang ada pada kain tersebut. Kain rasa berat, kasar, licin, sejuk, panas, gatal dan sebagainya hanya boleh difahami apabila kita memegang baju raya tersebut terlebih dahulu.

Saiz yang pasti, elak kerugian

Setiap pengeluar menggunakan standard pengukuran yang berbeza-beza seperti Saiz Euro, Asia dan Amerika Syarikat.

Keadaan ini akan menyebabkan definisi seperti slim fit menjadi tidak seragam antara jenama. Kesannya kepada pengguna, baju yang dibeli mungkin sendat atau menggelebeh berbanding saiz sebenar badan.

Baju raya sekarang bukannya murah, kalau tersalah saiz terpaksalah tanggung kerugian sendiri.

Boleh uji warna baju raya ikut tona kulit

Paparan imej baju raya yang diiklankan secara online dipengaruhi faktor pencahayaan semasa gambar itu diambil dan kecerahan skrin telefon kita.

Jadi, mustahil untuk kita menentukan warna sebenar baju raya yang dibeli. Jika beli di kedai, kita dengan mudah dapat buat penyesuaian warna baju dengan tona kulit secara masa nyata.

Elak jadi mangsa scam peniaga tidak jujur

Inilah perkara yang paling merisaukan. Jika baju sampai salah saiz atau salah warna, itu lebih baik berbanding baju yang dibeli tak kunjung tiba.

Sebagai pengguna, kita sukar untuk membuat pengesahan sama ada satu-satu jenama itu boleh dipercayai atau sebaliknya.

Jadi, selagi baju yang dipesan tidak sampai ke tangan, risiko untuk anda menjadi mangsa scammer sangatlah tinggi. Berbeza beli di kedai, anda bayar terus dapat baju.

Vibe raya sebenar

Satu fakta yang tidak boleh dinafikan adalah membeli baju raya di kedai fizikal adalah satu memori yang sarat dengan emosi dan memberi vibe raya yang sebenar.

Kepuasan memiliki baju raya hanya dapat dirasai sekiranya kita merasai pengalaman membeli baju raya yang sebenar, bukanya pesan dan tunggu baju sampai di rumah.

Malah, proses yang berlaku bukan soal membeli baju raya semata-mata, tetapi pengalaman keseluruhan bermula saat kita melangkah keluar dari rumah hingga pulang kembali ke rumah dengan baju raya yang diidamkan.

Tempat yang paling best untuk merasai vibe raya ketika membeli baju raya, tentunya tak lain tak bukan di bazar raya dan bazar raya dengan vibe raya paling lengkap tahun ini jatuh kepada RIUH Raya Baik Baik anjuran My Creative Venture bersama rakan strategik, KWSP.

Kenapa anda kena berkunjung ke RIUH Raya Baik Baik?

Jawapannya mudah sahaja, kerana RIUH Raya Baik Baik bukan bazar raya tipikal yang anda pernah kunjungi sebelum ini.

Bukan hanya baju raya, tetapi ada pelbagai aktiviti menarik dan gempak yang boleh anda sertai di sana sepanjang RIUH Raya Baik Baik berlangsung bermula:

Tarikh : 25 Februari hingga 1 Mac

Masa : 3 petang - 3 pagi

Lokasi : Raintree Plaza TRX, Kuala Lumpur

Yang pastinya, suasana serta vibe raya yang menggabungkan elemen tradisi tempatan dengan aktiviti kontemporari ini akan memberikan pengalaman tidak ternilai kepada semua pengunjung.

Lebih 70 jenama tampil dengan produk masing-masing

Pertama, ada lebih 70 jenama tempatan terdiri daripada jenama fesyen, aksesori raya, keperluan harian, hadiah dan kelengkapan rumah yang bersedia untuk memeriahkan suasana sepanjang 5 hari penganjuran RIUH Raya Baik Baik.

Jenama yang datang bukan biasa-biasa tau, sebaliknya adalah nama-nama besar yang memang diketahui setiap tahun pasti akan mengeluarkan koleksi raya yang gempak-gempak.

Anda boleh semak senarai penuh jenama tersebut di bawah:

30 jenama F&B, port berbuka paling onzz di Kuala Lumpur

Kalau datang RIUH Raya Baik Baik, dah tak perlu pening-pening menapak ke tempat lain untuk berbuka ye.

Sebabnya, ada 30 jenama F&B turut serta menjual menu istimewa masing-masing di bazar raya ini.

Habis je borong keperluan raya, terus singgah stor-stor makanan yang ada untuk berbuka puasa.

Cek siap-siap kedai mana yang anda nak singgah untuk berbuka nanti dalam senarai di bawah, okay.

25 acara persembahan, tambah seri & vibe raya

Datang bazar raya, tak sah kalau tak ada persembahan raya yang boleh kita layan sama-sama kan?

Di RIUH Raya Baik Baik, ada 25 acara persembahan yang cukup meriah sedia menghiburkan semua pengunjung yang datang setiap hari.

Barisan artis yang dibawa bukan biasa-biasa, ada nama-nama popular dalam industri seperti Naki, Aisha Retno dan Heidi Moru serta band Ramayan, Couple, Langkasuka dan Teman Lelaki.

Memang cukup meriah, sambil tangan ligat pilih baju raya, anda boleh layan lagu-lagu yang didendangkan oleh penghibur kegemaran masing-masing.

Setiap hari ada persembahan yang berbeza-beza, semak jadual di bawah:

20 bengkel turut disediakan, cungkil kreativiti menjelang raya

Tak cukup dengan persembahan-persembahan menarik, RIUH Raya Baik Baik juga menganjurkan 20 bengkel kreatif yang boleh anda sertai sepanjang 5 hari bazar berlangsung.

Dalam bengkel-bengkel ini, anda boleh meneroka pelbagai idea kreatif antaranya cara nak buat kad raya, cara nak dekorasi sampul raya, nak buat lilin pewangi, anyam ketupat, buat kuih raya dan banyak lagi.

Pendek kata, memang sarat dengan aktiviti berfaedah dan bermakna untuk pengunjung. Nak lagi kalau anda datang dengan keluarga, boleh bawa anak masing-masing turut serta.

Sambil menikmati vibe raya, sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Rugi kalau tak datang RIUH Raya Baik Baik ni.

Senarai penuh bengkel yang ada boleh rujuk di bawah:

Tema suasana kampung, tambah seri RIUH Raya Baik Baik

Apa yang membuatkan RIUH Raya Baik Baik ini berbeza dengan bazar raya yang lain adalah tema yang dibawakan pada tahun ini.

Pengunjung yang datang ke RIUH Raya Baik Baik akan terasa seolah sedang berada di kawasan kampung yang damai menerusi set dan tapak-tapak bertemakan Kampung Kita.

Sambil kita dapat menyelami tempat dan asal-usul kita semua, tema ini juga ibarat ruang untuk semua pengunjung throwback ke zaman di mana suasana raya lebih ringkas dan mengutamakan tradisi serta budaya tempatan.

Antara yang disediakan adalah pentas dan mock up estatik yang dikenali sebagai Teratak: Fakad Rumah Kampung.

Reka bentuk rumah-rumah kampung daripada Selatan Tanah Air dibawakan khas dalam bazar ini. Bayangkan dapat bergambar dekat tangga batu rumah-rumah kampung ini, confirm OOTD level lain.

Selain itu, penganjur juga menyediakan lokasi photobooth estetik bertemakan Hentian Bas Mini yang mengingatkan kita kepada era dimana pengangkutan awam menjadi nadi pergerakan utama ibu ayah kita dulu-dulu.

Tak cukup dengan itu, turut disediakan juga adalah ruang tempat duduk ala-ala khemah kenduri kahwin era 70-80-an, lengkap dengan tikar mengkuang dan sebagainya.

Ruang khemah ini selain boleh dijadikan tempat berehat, anda juga boleh manfaat sebagai tempat untuk menjamu selera ketika berbuka nanti.

Seluruh kawasan lokasi bazar juga akan dihiasi dengan pelbagai hiasan gantungan bertemakan hari raya. Ada hiasan berbentuk lampu, anyaman ketupat dan produk kraftangan tempatan seperti bakul dan penutup lampu diperbuat daripada rotan.

Di sebelah malam pula, para pengunjung bazar boleh merasai suasana seperti menyambut malam raya apabila pelbagai aktiviti seperti bermain bunga api disediakan oleh pihak penganjur.

Hiasan seperti pelita raya diperbuat daripada buluh juga akan ditempatkan di lokasi bazar untuk menghidupkan lagi vibe hari raya.

Jadi, usah bertangguh dan jangan sampai terlepas untuk hadir ke RIUH Raya Hari Hari yang hanya berlangsung selama lima hari bermula 25 Februari hingga 1 Mac ini.

Rugi kalau terlepas, sebab ada pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua pengunjung bazar nanti.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web RIUH, Instagram, Facebook dan TikTok RIUH.