Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kencing Berbuih, Ini Simptom Yang Perlu Anda Perhatikan
Kencing berbuih mungkin nampak seperti perkara biasa, namun ia sering menimbulkan persoalan dalam kalangan ramai.
Ada yang berasa hairan apabila melihat air kencing berbuih, dan tidak kurang juga yang tertanya-tanya sama ada keadaan itu normal atau petanda sesuatu yang lebih serius.
Hakikatnya, kencing berbuih boleh berlaku sekali-sekala dan tidak semestinya berbahaya.
Namun, masih ramai yang tidak mengetahui maksud sebenar di sebalik perubahan ini serta bila ia perlu diberi perhatian.
Oleh itu, SK ingin kongsikan fakta tentang kencing berbuih daripada Hello Doktor agar anda lebih peka terhadap keadaan kesihatan diri.
Air kencing boleh menjadi berbuih sekali-sekala. Ini biasanya disebabkan oleh kelajuan aliran air kencing sewaktu anda membuangnya ke dalam mangkuk tandas.
Air kencing yang berbuih lebih berkemungkinan menjadi tanda penyakit jika ia kerap berlaku atau bertambah teruk dari semasa ke semasa.
Jika air kencing anda berbuih, lihat kepada simptom-simptom lain juga.

Gejala-gejala yang berlaku serentak dengan kencing berbuih, yang menjadi tanda masalah kesihatan ialah:
Badan berasa lemah
Berasa loya
Sukar untuk tidur malam
Air kencing berwarna gelap atau menjadi keruh
Jika anda seorang lelaki, anda mungkin tidak mengeluarkan atau hanya mengeluarkan sedikit air mani ketika orgasme
Jika anda seorang lelaki, anda juga mungkin mengalami masalah tidak subur
Bengkak pada kaki, tangan, muka dan badan yang mungkin menunjukkan tanda pengumpulan cecair dalam badan disebabkan oleh masalah buah pinggang
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Perubahan pada jumlah air kencing yang dikeluarkan
Anda ingin tahu apakah contoh kencing berbuih normal? Punca air kencing menjadi berbuih yang paling jelas adalah disebabkan kelajuan air kencing anda sendiri.
Sama seperti air menjadi berbuih apabila keluar dari paip dengan cepat, air kencing juga akan menjadi berbuih jika terkena mangkuk tandas dengan cepat. Namun, buih ini akan menghilang dengan pantas.
Kadangkala, air kencing juga boleh berbuih apabila ia terlalu pekat. Air kencing anda lebih pekat jika anda tidak meminum banyak air seperti yang sepatutnya atau anda mengalami dehidrasi.
Air kencing berbuih sedikit juga boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai terlalu banyak kandungan protein seperti albumin, dalam air kencing anda.
Protein dalam air kencing anda bertindak balas dengan udara untuk menghasilkan buih. Biasanya, buah pinggang anda menapis air yang berlebihan dan bahan buangan daripada darah ke dalam air kencing anda.
Protein dan bahan penting lain yang diperlukan oleh badan anda terlalu besar untuk melalui penapis buah pinggang, jadi ia kekal dalam aliran darah anda.

Tetapi apabila buah pinggang anda rosak, ia tidak menapis air dengan baik.
Buah pinggang yang rosak akan membenarkan terlalu banyak protein meresap ke dalam air kencing dan ini dipanggil sebagai proteinuria.
Ia adalah tanda penyakit buah pinggang kronik atau kerosakan buah pinggang peringkat akhir.
Selain itu, punca air kencing menjadi berbuih lain yang jarang berlaku ialah ejakulasi retrograde, iaitu keadaan yang berlaku pada lelaki apabila air mani kembali ke dalam pundi kencing dan bukannya dikeluarkan dari zakar.
Bukan itu sahaja, air kencing juga boleh berbuih disebabkan oleh amyloidosis.
Amyloidosis adalah keadaan jarang berlaku yang juga boleh menyebabkan air kencing berbuih sedikit, pengumpulan cecair, dan masalah kepada buah pinggang.
Ia disebabkan oleh pembentukan protein tertentu dan boleh menjejaskan banyak organ.
Pengambilan ubat phenazopyridine adalah satu lagi punca air kencing menjadi berbuih yang agak jarang terjadi. Sesetengah individu akan mengambil ubat ini untuk merawat kesakitan akibat jangkitan saluran kencing.
Air kencing berbuih ketika period atau bila-bila masa mungkin tidak menjadi masalah jika ia berlaku sekali-sekala.
Namun, jika ia berterusan, ia boleh menjadi tanda anda mengalami kerosakan buah pinggang.
Selain itu, ia boleh menjadi tanda ejakulasi retrograde jika anda seorang lelaki, atau ia mungkin kesan daripada ubat yang anda ambil.
Kebiasaannya, anda tidak perlu berasa risau dengan warna contoh kencing berbuih normal.
Anda boleh mencuba petua hilangkan kencing berbuih dengan meminum lebih banyak air.

Akan tetapi, anda perlu berjumpa dengan doktor jika:
Air kencing berbuih tidak hilang dalam masa beberapa hari
Anda mempunyai simptom seperti bengkak, loya, muntah, hilang selera makan, dan keletihan
Air kencing anda menjadi keruh atau berdarah
Jika anda seorang lelaki, orgasme anda menghasilkan sedikit atau tiada cecair