Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kenderaan Rosak Diserang Gajah Di JRTB Gerik-Jeli

Athirah
Kenderaan Rosak Diserang Gajah
Kredit: Bernama

Kenderaan Rosak Diserang Gajah Di JRTB Gerik-Jeli

IPOH, 24 Okt (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima laporan beberapa kenderaan rosak akibat diserang sekumpulan gajah liar berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Pengarahnya Yusoff Shariff berkata aduan mengenai kejadian itu diterima kira-kira 10 malam tadi dan lapan kakitangan Perhilitan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kakitangan Perhilitan telah menghalau kesemua gajah dengan menggunakan kaedah tembak dan halau.

“Dianggarkan kira-kira 25 hingga 30 ekor gajah berada di tempat kejadian ketika itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya lima buah kenderaan rosak akibat diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian kira-kira 9 malam.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

BACA: Serangan Pengganas Ke Atas Syarikat Industri Pertahanan Turkiye, 5 Maut 22 Cedera

Sumber: Bernama