Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kenyataan Tunku Mahkota Ismail Berhubung Isu Network School Di Forest City
Kerajaan Negeri Johor akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu melibatkan Network School di Forest City yang menjadi perhatian baru-baru ini.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, memaklumkan bahawa sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke Malaysia adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Baginda menjelaskan bahawa walaupun urusan kemasukan warga asing berada di bawah tanggungjawab KDN, Kerajaan Negeri Johor bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) tetap akan meneliti isu berkenaan secara menyeluruh.
Tunku Mahkota Ismail turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan.
"Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor," titah baginda.
