Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Sampai 2 Jam Taiwan Digegar Gempa Bumi, Kepulauan Jepun Pula ‘Bergegar’ Tadi

Nurhanis
gempa bumi Jepun
Kredit: Google Maps via Jabatan Meteorologi Malaysia

Tidak sampai dua jam Taiwan digegarkan dengan kejadian gempa bumi kuat pada sekitar 2 petang tadi, kini giliran Jepun pula menerima ‘kunjungan’ fenomena alam itu.

Seperti yang dilapor Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) tadi, satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 melanda Barat Daya Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 4.10 petang tadi.

Menerusi Met Malaysia di laman Twitter, pusat gempa itu terletak pada kedalaman 10 kilometer dalam.

Difahamkan, pusat gempa bumi yang berada di 26.0 darjah utara dan 125.9 darjah dari arah timur itu terletak sejauh 178 kilometer arah Barat dari wilayah Naha.

Walau bagaimanapun, setakat ini Met Malaysia melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi kuat landa Taiwan

Sebelum ini, Met Malaysia turut melaporkan satu gempa bumi berskala 6.6 magnitud yang direkodkan di Taiwan pada jam 2.44 petang hari ini.

Menurut Met Malaysia, pusat gempa itu terletak pada 23.2 darjah dari Utara dan 121.3 arah Timur dengan kedalaman 10 km.

Tambahan lagi, gegaran itu terletak 75 kilometer Tenggara dari Chiaya, Taiwan.

Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman tsunami dikeluarkan oleh Met Malaysia setakat ini.

Sumber: Met Malaysia